Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Jangan Politikkan Isu Dana...

KUALA LUMPUR - Pelbagai pihak diminta tidak mempolitikkan isu dana RM19 juta kepada...

10 Powerr SSP BSN...

SELANGOR - Sijil Simpanan Premium (SSP) Bank Simpanan Nasional (BSN) kembali lagi dengan...

Nur Aisyah: Polis Temui...

LANGKAWI - Toto yang mempunyai beberapa titisan darah dirampas dari rumah pasangan suami...

Nabila Razali, Aedy Ashraf...

PANAS! Dunia hiburan kini hangat dengan tersebarnya satu foto mesra antara penyanyi cantik,...

Doktor Keluarkan 2 Kilogram Rambut Dalam Perut

NEW DELHI – Sekumpulan doktor di sebuah hospital di Dehdarun dekat sini berjaya mengeluarkan gumpalan rambut seberat hampir dua kilogram dalam perut seorang gadis yang berusia 16 tahun.

Gadis itu, Aakansha Kumari dibawa ke hospital berkenaan selepas berat badannya turun mendadak dan mengalami masalah pemakanan serta sering muntah-muntah.

Kumari didapati memakan rambutnya secara rahsia sejak bertahun-tahun lalu dan keluarganya hanya mengetahui perkara itu selepas membawanya ke hospital.

Imbasan X-ray menemui gumpalan rambut yang besar di dalam perut gadis itu.

Doktor memberitahu, Kumari menghidap sejenis penyakit ganjil dikenali sebagai trichophagia di mana pesakit sering memakan rambut mereka sendiri.

Satu pasukan perubatan diketuai pakar bedah, Dr. Abhay Kumar membuat satu pembedahan bagi mengeluarkan gumpalan rambut di dalam perut gadis itu.


Pembedahan itu dijalankan di Kolej Perubatan Doon dan hospital Dehdarun, baru-baru ini.

“Gumpalan rambut ini hampir memenuhi perut pesakit yang menyebabkan dia hilang selera makan.

“Keadaan pesakit kini semakin baik selepas pembedahan,” katanya. – Agensi/myMetro Online

Kategori