Tuesday, January 7, 2025

Creating liberating content

Sasaran RM10,065 Pendapatan Sebulan...

 KUALA LUMPUR - Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menjangkakan sasaran...

Datuk Vida Cadang Bida...

WOW, beruntungnya jadi anak Datuk Seri Vida! Masakan tidak, beliau sendiri mendedahkan bahawa dirinya...

Pelajar, Buruh Maut Motosikal...

LANGKAWI : Seorang pelajar dan buruh maut selepas motosikal yang mereka tunggangi bertembung...

25 PATI Termasuk 6...

Kudat: Seramai 25 pendatang asing tanpa izin (PATI) termasuk enam positif dadah ditahan...

Dzulkifli Tak Minat Jadi Ahli Politik Atau Selebriti

KUALA LUMPUR – Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Datuk Dzulkifli Ahmad menegaskan beliau tidak berminat untuk menjadi ahli politik mahupun selebriti.

“Saya tidak berminat dengan kedua-duanya sekali (menjadi ahli politik atau selebriti) kerana saya seorang penjawat awam yang mempunyai tugas serta tanggungjawab yang diamanahkan kepada saya dalam SPRM.

“Dia (Saifuddin) tidak perlu takut kerana sememangnya saya tidak berminat jadi ahli politik,”katanya dalam sidang akhbar majlis Ikrar Bebas Rasuah (IBR) bersama Polis Diraja Malaysa di Pusat Latihan Polis, di sini hari ini.

Dzulkifli berkata demikian bagi menjawab sindiran Setiausaha Agung Parti Keadilan Rakyat Datuk Saifuddin Nasution Ismail yang menyifatkan beliau seperti ahli politik atau selebriti yang hanya mahu mendapat perhatian media apabila memperkenalkan IBR.

Mengulas lanjut, Dzulkifli berkata SPRM memerlukan sokongan masyarakat secara menyeluruh dan turun padang dengan menjalankan program membanteras rasuah dan salah guna kuasa.


“Semua orang kena memainkan peranan masing-masing kerana kita hendak melahirkan masyarakat yang berani untuk mengatakan tidak kepada rasuah.

Jadi kalau itu sebab saya jumpa rakyat menjalankan kempen di sana sini untuk memastikan pemahaman rakyat tentang isu rasuah kalau itu dikatakan selebriti nak buat macam mana?,” katanya. – BERNAMA

Kategori