Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Lelaki Islam Dijel 6...

Kashgar, China - Seorang lelaki Islam etnik Uighur di sini dihukum penjara selama...

Kedudukan Salleh Man Di...

GEORGE TOWN - Wakil rakyat Barisan Nasional (BN) hari ini mempersoal kedudukan wakil...

Suspek Insiden Keganasan Di...

PATTANI - Polis Thai telah mengenal pasti tujuh suspek yang dipercayai terlibat dalam...

Seludup 50 Warga Asing,...

KINABATANGAN - Lima lelaki termasuk seorang pengurus ladang sebuah kelapa sawit ditahan kerana...

Edar Heroin & Pil Kuda: Penganggur Ke Tali Gantung

KUALA TERENGGANU – Seorang penganggur dijatuhi hukuman mati oleh Mahkamah Tinggi di sini hari ini selepas disabitkan kesalahan atas pertuduhan mengedar dadah jenis heroin pada Jun 2015.

Ketika menjatuhi hukuman itu,Ā Hakim Datuk Zainal Azman Ab AzizĀ mendapatiĀ Mohd Syawaldi Mamad, 26, Ā bersalah mengikut SeksyenĀ 39B (1)(a) AktaĀ Dadah BerbahayaĀ keranaĀ memiliki heroin seberat 34.09 gramĀ pada pukul 6.30 petangĀ 3 Jun 2015 di 414-A Kampung Pak Pa, Kuala Terengganu.

Tertuduh juga dihukum penjara tiga tahun selepas didapati bersalah atas pertuduhan kedua iaitu memiliki dadah jenis methamphetamine seberat 27.84 gram pada tarikh, waktu dan lokasi yang sama.

MenurutĀ fakta kes, tertuduh ditangkap bersama tiga yang lain pada hari kejadian kerana disyaki memiliki dadah terlarang.

SetelahĀ  disoal siasat, Mohd SyawaldiĀ membawaĀ sepasukan polis ke rumahnyaĀ yang kemudianĀ menjumpaiĀ ‘pok teh’ atau pil kuda di rumah tertuduhĀ di dalam bekas yang bertulis ‘GUESS’.

ā€‹ā€‹ā€‹ā€‹ā€‹ā€‹ā€‹Menerusi pemeriksaan polis, sebanyak 40 botol berisi dadah ditemui di dalam bekas tersebut. Turut ditemui di dalam kotak berkenaan adalah paket plastik berwarna biru berisi 1,973 biji pil berwarna merah dan 20 biji pil berwarna hijau juga disyaki dadah.


Tertuduh kemudian dibawa ke unit Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Terengganu bersama barangan kes yang telah dirampas.

Peguam Wan Zawawi Wan Zainuddin, yang mewakili tertuduh, memohon agarĀ mahkamah meringankan hukuman atas alasanĀ anak guamnyaĀ  tiada rekod jenayah lampau dan masih muda.

Timbalan Pendakwa RayaĀ Ahmad Fadhli Mahmud bagaimanapun berkata tertuduh merupakan seorang pengedar dadahĀ dan pil kuda yang dimilikinyaĀ sebanyak 1,993 biji mampu menampung keperluan 1,800 penagih.

Ini, katanya, boleh menimbulkan pelbagai jenayahĀ sertaĀ gejala tidak sihat dalam masyarakat. – BERNAMA

Kategori