Sunday, January 26, 2025

Creating liberating content

Saman Rosmah, Barang Kemas...

BONGKAR... Dakwaan pihak polis kononnya barang kemas disita di kediaman Datuk Seri Najib...

Mesej Dan Audio Viral...

LAHAD DATU - Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (Esscom) meminta orang ramai...

Zamrose Panglima Baharu Medan...

KUCHING – Panglima Medan Timur, Lt. Jen. Datuk Stephen Mundaw hari ini menyerahkan...

Mampu Kawal Emosi Dengan...

KUALA LUMPUR - Pelakon Nazim Othman memberitahu dia berjaya mengawal emosi apabila berhadapan...

Eizlan Yusof Mahu Kahwin Dalam Masa 2 Tahun?

SELEPAS menduda selama hampir dua tahun, Datuk Eizlan Yusof berkata dia sudah membuka hati untuk mencari calon yang sesuai dijadikan pasangan hidup.

Katanya, dia tidak mempunyai masa yang banyak jika mahu membina sebuah keluarga baharu.

“Sekarang saya sudah mula keluar untuk berjumpa orang baharu. Kalau ada jodoh, saya mahu kahwin dalam masa setahun dua ini.

“Masa saya sudah singkat, jika ingin mulakan keluarga baharu, ia mesti dalam temph ini sahaja. Jika tidak, lupakan sahaja,” katanya kepada mStar Online.

Dalam pada itu, Eizlan juga mengakui terbuka untuk menerima wanita yang berstatus ibu tunggal.

“Bagi saya, perkahwinan mempunyai dua jenis iaitu dengan wanita muda yang mahukan keluarga atau wanita berstatus ibu tunggal.


“Jika berkahwin dengan ibu tunggal, saya tidak perlu tergesa-gesa kerana perkahwinan adalah atas dasar saling melengkapi,” katanya lagi.

Walau bagaimanapun, Eizlan menjelaskan dia tetap mahu berhati-hati dalam memilih wanita yang akan menjadi isterinya. – MYNEWSHUB.CC

Kategori