Sunday, January 19, 2025

Creating liberating content

Usaha Pembangkang Lihat Bajet...

SEREMBAN - Usaha pihak pembangkang mahu melihat Bajet 2016 yang dibentang di Dewan...

Guna Model Ekonomi China...

KANGAR - Dalam usaha melonjakkan Perlis ke arah sebuah negeri bandar raya menjelang...

Pertandingan Tarian Di Istana...

KUALA LUMPUR - Istana Budaya yang sinonim dengan penganjuran pementasan teater dan konsert,...

PRU14: KeTTHA Jamin Bekalan...

KUALA LUMPUR - Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air (KeTTHA) memberi jaminan terhadap...

Ekonomi Malaysia Bertambah Baik, BNM OPR 3%

KUALA LUMPUR – Mesyuarat Jawatankuasa Dasar Monetari (MPC) Bank Negara Malaysia (BNM) hari ini membuat keputusan mengekalkan Kadar Dasar Semalaman (OPR) pada 3 peratus.

BNM dalam satu kenyataan media berkata, prestasi ekonomi Malaysia pada suku pertama 2017 lebih baik daripada jangkaan.

Menurut BNM, pertumbuhan yang memberangsangkan itu adalah hasil daripada permintaan dalam negeri yang lebih kukuh dan dorongan tambahan daripada sektor eksport.

“Prospek pertumbuhan global yang lebih baik juga akan meningkatkan prestasi eksport selain memberikan kesan yang positif kepada ekonomi negara. Penggunaan swasta meningkat berikutan peningkatan upah dan guna tenaga.

“Prospek pelaburan pula dijangka lebih positif hasil pelaksanaan projek-projek infrastruktur baharu dan yang sedang giat dijalankan serta penambahan kapasiti pengeluaran dalam sektor perkilangan dan perkhidmatan.

“Secara keseluruhan, pertumbuhan ekonomi negara dijangka lebih tinggi pada tahun 2017,” kata kenyataan itu hari ini.

BNM memaklumkan, kadar inflasi secara keseluruhannya menurun kepada 3.9 peratus pada bulan Mei terutamanya disebabkan oleh harga bahan api dalam negeri yang lebih rendah pada bulan itu.

Justeru, kata BNM, kadar inflasi dijangka terus mengalami penurunan pada separuh kedua 2017 dan keadaan itu terutamanya dicermikan oleh kesan faktor kos global yang semakin berkurang.


Manakala, Inflasi asas seperti yang diukur oleh inflasi teras dijangka terus terkawal meskipun berhadapan dengan permintaan dalam negeri yang lebih kukuh.

Tambah BNM, pasaran kewangan domestik terus berdaya tahan. Ringgit terus tabil berikutan permintaan dan penawaran mata wang asing yang lebih seimbang hasil daripada pelaksanaan dua langkah pembangunan pasaran kewangan.

“Mudah tunai sistem perbankan terus mencukupi. Institusi kewangan meneruskan operasi dengan penampan modal dan mudah tunai yang kukuh. Pertumbuhan pembiayaan kepada sektor swasta meningkat selaras dengan kadar perkembangan aktiviti ekonomi.

“Pada kadar semasa OPR, pendirian dasar monetari adalah akomodatif dan menyokong aktiviti ekonomi. MPC akan terus menilai imbangan risiko berhubung dengan prospek pertumbuhan domestik dan inflasi,” kata BNM. – MYNEWSHUB.CC

  • Lagi berita berkaitan:
  • BNM

Kategori