Wednesday, November 27, 2024

Creating liberating content

Bunuh Nur Farah: 7...

Mahkamah Majistret Kuala Kubu Bharu hari ini menetapkan 7 Okt untuk penyerahan laporan...

Bekas Exco Perak Fitnah...

KUALA KANGSAR - Mungkin malas belajar sejarah pembangkang kalah besar pada Pilihan Raya...

Nak Insafkan Penceroboh, Jiran...

DALAM sesetengah kes jenayah, mendidik itu lebih baik dari menghukum bukan?Nampaknya, tindakan tersebut...

‘Syafiq Kyle’ Mohon Maaf,...

KONTROVERSI video lucah yang didakwa membabitkan Syafiq Kyle menjadi semakin hangat apabila seorang...

Ekspo Astana 2017 Tingkat Hubungan Malaysia-Kazaskhtan

ASTANA (Kazakhstan) – Ekspo Astana 2017 yang diadakan di sini dijangka meningkatkan hubungan dua hala antara Malaysia-Kazakhstan ke tahap yang lebih tinggi, kata Duta Malaysia ke Kazakhstan, Syed Mohamad Bakri.

Beliau berkata perdagangan dua hala antara Malaysia dan  Kazakhstan meningkat kepada US$49.2 juta pada 2016 daripada US$38.8 juta pada 2015.

“Saya yakin kuantiti perdagangan akan berkembang, terutamanya dengan penganjuran Ekspo Astana yang sedang berlangsung sekarang,” katanya kepada pemberita Malaysia di Pavilion Malaysia, di ekspo tersebut, baru-baru ini.

Syed Mohamad berkata ekspo selama tiga bulan itu yang bermula 10 Jun, dijangka dikunjungi lebih ramai delegasi dari Malaysia.

“Yang Dipertua Negeri Melaka Tun Mohd Khalil Yaakob dan Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Idris Haron dijangka mengunjungi ekspo tersebut pada Ogos.

“Kita juga menjangka menerima lawatan menteri, timbalan menteri, pegawai kanan daripada pelbagai kementerian serta kerabat diraja ke eksport tersebut,” katanya.

Beliau berkata setakat ini, Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air Datuk Seri Dr Maximus Ongkili, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Datuk Seri Wilfred Madius Tangau, serta beberapa timbalan menteri telah mengunjungi ekspo tersebut.

“Ekspo tersebut memberikan dorongan  baharu dalam menambah baik hubungan antara Malaysia dan Kazakhstan dalam pelbagai bentuk kerjasama seperti perdagangan dan pelaburan, pendidikan, perbankan Islam, tenaga dan tenaga boleh baharu,” katanya.


Syed Mohamad, yang mengambil alih tugas daripada  penyandang sebelumnya, Datuk Hidayat Abdul Hamid pada 28 Mac tahun ini percaya hubungan antara kedua-dua negara akan kekal kukuh pada masa depan, dinilai daripada peningkatan perdagangan dua hala sejak beberapa tahun lepas.

Mengenai pendidikan, beliau berkata lebih 8,000 pelajar Kazakhstan  telah menamatkan pengajian mereka daripada institusi pendidikan tinggi Malaysia sejak dekad lepas dan bilangannya semakin meningkat.

Bilangan pelajar Kazakhstan yang menamatkan pengajian daripada universiti Malaysia meningkat daripada 1,233 pada 2013 kepada 1,267 (2014) dan 1,405  (2015), katanya, sambil menambah ini menunjukkan Malaysia adalah destinasi pendidikan peringkat tinggi pilihan bagi rakyat Kazakhstan, terutamanya untuk belajar Bahasa Inggeris.

Bagaimanapun, Syed Mohamad berkata bilangan pelancong dari Kazakhstan ke Malaysia susut kepada 10,717 pada 2016 daripada 15,410 pada 2015 disebabkan oleh penurunan nilai Tenge (mata wang Kazakhstan) kerana kejatuhan harga minyak telah menjejaskan negara itu yang merupakan satu daripada pengeluar minyak utama dunia.

“Kita berharap dapat mengalu-alukan lebih ramai pelancong Kazakhstan apabila harga minyak kembali stabil,” katanya. – BERNAMA

Kategori