BENARKAH pelakon kacak Fattah Amin yang semakin mencipta nama menerusi drama popular “Hero Seorang Cinderella (HSC)” telah menukar perjalanan penerbangannya bersama Fazura bagi mengelak bertembung dengan Neelofa?
Percutian Fattah Amin dan Fazura ke Koh Samui, Thailand baru-baru ini hangat menjadi bualan terutama di kalangan peminat dua selebriti tersebut,
Fattah Amin mengakui telah menukar jadual penerbangan percutiannya bagi mengelak bertembung dengan Neelofa. Tindakan ini diambil adalah atas dasar nasihat daripada ahli keluarganya.
Pada dasarnya, dia beranggapan bahawa perkara seperti ini tidak sepatutnya diperbesarkan mahupun diperhebahkan sama sekali.
“Ada pihak memaklumkan kami akan menaiki pesawat yang sama. Sebaik mengetahuinya, saya mula rasa tidak sedap hati. Bagi saya, lebih baik kami (Fattah dan Fazura) tidak berada dalam pesawat yang sama dengannya. Atas nasihat keluarga, kami menukar penerbangan seterusnya,” ujarnya kepada Beautiful Nara.
“Perkara ini tidak sepatutnya dihebahkan dan saya juga enggan memperbesarkan. Tetapi, apabila cerita ini ditimbulkan pihak tertentu seolah-olah kami yang bersalah, saya terpaksa menjelaskan situasi sebenar,” tambahnya lagi.
Perkara tersebut telah menjadi bualan hangat di kalangan peminat dan laman sosial bertukar menjadi ‘medan peperangan’ kerana peminat masing-masing bersaing mempertahankan selebriti kesayangan mereka.
Tidak kisahlah, pernerbangan yang sama atau berbeza, asalkan masing-masing gembira dengan percutian masing-masing! – MYNEWSHUB.CC