Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

30 Rugi RM1.25 Juta...

KUALA LUMPUR - Tiga puluh individu mendakwa kerugian RM1.25 juta kerana ditipu sebuah...

Tak Sokong Kekang Berita...

SHAH ALAM – Mana-mana pihak termasuk parti politik yang tidak menyokong pembentangan draf...

Umat Islam Malaysia Dilarang...

KUALA LUMPUR – Lembaga Tabung Haji (TH) melarang umat Islam negara ini yang...

Skuad Harimau Malaya Mungkin...

PETALING JAYA - Rombakan kedua mungkin dilakukan ke atas skuad Harimau Malaya selepas...

Empat Selamat, Rumah Ranap Dihempap Pokok

SEMPORNA – Empat lelaki sekawan terselamat apabila rumah mereka ranap akibat dihempap pokok dalam kejadian angin kencang di Kampung Perigi di sini, pagi tadi.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Semporna Fazizul Hizam Borhan berkata pihaknya menerima laporan itu kira-kira 6.40 pagi dan difahamkan terdapat tiga mangsa selamat manakala seorang lagi dikhuatiri terperangkap

“Bagaimanapun bomba yang tiba dua minit kemudian menjalankan operasi mencari dan menyelamat mendapati mangsa yang dikhuatiri terperangkap ini sebenarnya berada di rumah kakaknya, dalam keadaan selamat,” katanya ketika dihubungi Bernama di sini, hari ini.

Dalam pada itu, pihaknya turut menerima tiga laporan pokok tumbang melibatkan tiga kawasan iaitu Kampung Perigi, Taman Nilam dan kawasan berhadapan Majlis Daerah Semporna, pagi tadi.


Beliau berkata, operasi memotong dan membersihkan sisa pokok tumbang telah dilakukan dan setakat ini tiada kemalangan dilaporkan. – BERNAMA

Kategori