Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

56,884 Rumah Di Hulu...

KUALA LUMPUR - Sebanyak 56,884 rumah di kawasan Hulu Langat dan Sepang dijangka...

Ne-Yo Kahwini Kekasih Sarat...

PENYANYI yang terkenal dengan lagu Miss Independent, Ne-Yo akhirnya mengahwini kekasihnya, penyanyi R&B,...

KKM Bincang Dengan Pengeluar...

PUTRAJAYA - Kementerian Kesihatan (KKM) sedang mengadakan perbincangan dengan syarikat pengeluar kit ujian...

JDT Jual Juan Martin...

KUALA LUMPUR - "Tawaran bernilai RM11.5 juta untuk pemain ini amat istimewa dan...

EzCab Aplikasi E-Hailing Pertama Sedia Butang SOS

KUALA LUMPUR – EzCab memperkenalkan aplikasi e-hailing pertama di Malaysia yang menyediakan butang SOS untuk keselamatan semua pengguna teksi.

Pengarah Eksekutifnya, Nor Aleeshah Abdullah berkata dengan disokong pusat operasi perkhidmatan pelanggan 24 jam sehari dan tujuh hari seminggu, EzCab kini mempunyai banyak pengguna setia yang mementingkan kebolehpercayaan dan keselamatan.

“Kebelakangan ini, berlaku banyak kejadian berunsur jenayah melibatkan pemandu dan penumpang aplikasi e-hailing. Kami memuji SPAD (Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat) kerana memperkenalkan peraturan itu dan kami amat gembira apabila menjadi pihak pertama mematuhinya,” kata beliau pada sidang akhbar di sini hari ini.

Nor Aleeshah berkata kini kira-kira 2,000 pemandu teksi berdaftar dengan EzCab di Lembah Klang, Seremban, Johor Bahru dan Sabah.


Katanya, butang SOS itu akan muncul pada bahagian kanan skrin ‘On Board’ apabila penumpang melangkah masuk ke dalam teksi dan memulakan perjalanan.

“Jika berlaku kecemasan, penumpang hanya perlu menyentuh butang itu dan dia akan diberi tiga pilihan – membuat panggilan terus kepada polis (999), membuat panggilan terus kepada nombor kecemasan atau meminta pusat sokongan EzCab 24/7 membuat panggilan balik dan aplikasi ini boleh dimuat turun daripada Google Playstore dan Apple App Store,” kata beliau. – BERNAMA

Kategori