Monday, October 28, 2024

Creating liberating content

Macau Scam Tidak Pilih...

KUANTAN - Sindiket Macau Scam mencari mangsa tanpa memilih, jadi sesiapa sahaja berisiko...

Erdogan, Trump Bincang Isu...

ANKARA - Presiden Turki, Recep Tayyip Erdogan, dan rakan sejawat beliau dari Amerika...

Dokumen Sulit “Langkah Kajang”...

Hari ini, dikhabarkan ada dokumen sulit dan rahsia berkaitan Langkah Kajang oleh Parti...

Polis Siasat Perbuatan Khianat...

SEPANG - Polis mengesahkan pihaknya menerima satu laporan berhubung kejadian gangguan sistem di...

Finalis PABM Lepas Tekanan Di Putrajaya

PUTRAJAYA – Pertandingan Pidato Antarabangsa Bahasa Melayu (PABM) Piala Perdana Menteri 2017 memasuki peringkat akhir esok bakal menampilkan sembilan peserta dari dalam dan luar negara menerusi tiga kategori yang dipertandingkan.

Sewaktu sebahagian besar peserta peringkat akhir menumpukan persiapan malam esok, para finalis dari China, Palestin, Afghanistan, Jepun, Uzbekistan, Malaysia dan Singapura mengambil pendekatan tersendiri dengan melawat Putrajaya hari ini untuk menenangkan fikiran.

Peserta dari Palestin, Abdulrahman Khaled yang mewakili Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) kategori Pelajar Antarabangsa di Malaysia memberitahu, dia mengambil keputusan untuk menyertai lawatan itu kerana mahu berehat daripada tekanan menghadapi final esok.

Para finalis dan peserta pertandingan Pidato Antarabangsa Bahasa Melayu 2017 Piala Perdana Menteri bergambar kenangan di hadapan Pejabat Perdana Menteri. Foto: Riza Razak

Antara tempat-tempat menarik yang dikunjungi adalah Astaka Morocco di Taman Botani, Masjid Putra dan Taman Wetlands.

“Saya amat kagum dengan keindahan persekitaran dan tarikan-tarikan yang terdapat dalam bandar Putrajaya ini. Ini sedikit sebanyak dapat mengurangkan stres menghadapi pertandingan final esok,” katanya.

Sementara itu, Rimajon Sotlikova yang mewakili Uzbekistan dalam kategori Antarabangsa percaya dia sudah cukup bersedia untuk persembahan di peringkat akhir.

“Saya sedikit gemuruh namun amat gembira kerana terpilih untuk ke peringkat final pertandingan ini. Jika saya mendapat gelaran juara esok, maka salah satu impian saya sudah tercapai,” jelasnya.

Para peserta teruja dengan keindahan seni bina di Astaka Morocco. Foto: Riza Razak

Lawatan para finalis ini turut dimeriahkan dengan penyertaan oleh peserta-peserta lain pertandingan tersebut.

Mereka kelihatan sungguh teruja dengan keindahan seni bina islamik di Astaka Morocco serta kehijauan alam semulajadi di Taman Wetlands.


Pastinya, kenangan melawat bandar dalam taman Putrajaya itu bakal tersimpan di dalam kotak memori manis mereka selama-lamanya.

Seramai 52 peserta dari 35 buah negara telah menyertai PABM pada kali ini yang bermula sejak Khamis lalu.

Sementara itu, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dijadual menyempurnakan majlis perasmian pertandingan akhir PABM Rabu ini, jam 8 malam di Dewan Plenari, Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) dan seterusnya me­nyampaikan hadiah kepada para pemenang bagi setiap ka­tegori.

Johan bagi setiap kategori akan menerima piala pusi­ngan Perdana Menteri, piala iri­ngan, wang tunai RM20,000, hadiah i­ringan dan sijil.

Naib johan (setiap kategori) akan me­nerima piala iringan, wang tunai RM12,000, hadiah iri­ngan dan sijil manakala tempat ketiga (setiap kategori) akan menerima piala iringan, wang tunai RM8,000, hadiah iring­an dan sijil. – MYNEWSHUB.CC

Kategori