Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Lelaki Ipoh Ini Selamba...

SETIAP orang pastinya mengidamkan sebuah rumah yang selesa untuk didiami. Namun buat seorang...

Sistem E-Parking Dilaksana Di...

IPOH - Sistem e-parking iaitu pembayaran parkir dalam talian menerusi aplikasi telefon pintar...

Pusat Data RM130 Juta...

NUSAJAYA - VADS Bhd. melabur sebanyak RM130 juta untuk membina pusat data dibina...

Ditahan Kerana Memakai Baju...

JAKARTA - Seorang rakyat Malaysia ditahan di Mataram, Nusa Tenggara Barat kerana memakai...

Gadis Kuala Kangsar Reka Aksesori Motosikal Itali

KUALA LUMPUR – Seorang lulusan Universiti Putra Malaysia (UPM) diberi penghormatan untuk merekacipta aksesori motosikal terkemuka GIVI dari Itali bagi pasaran tempatan.

Rozaida Ahmad Zaki, 31, lulusan Rekabentuk Industri berkata produk terbaru yang beliau reka ialah ‘box’ (boks) bersaiz kecil B32 Bold berkapasiti 32 liter sesuai untuk motosikal berkapasiti rendah 250cc ke bawah.

“Rekaan boks ini ringkas namun ia amat sesuai untuk keperluan pengguna tempatan khasnya kepada pengguna yang mengguna motosikal berkuasa rendah untuk kegunaan harian mereka,” katanya kepada Bernama.

Rozaida yang berasal dari Kuala Kangsar yang juga pereka utama bagi Givi Asia berkata beliau turut mereka bentuk beberapa komponen topi keledar, pelekat topi keledar, beg sisi dan sut hujan.

“Semua reka bentuk itu bersesuaian dengan cuaca serta cara penggunaan motosikal rakyat di negara ini,” katanya.

Rekaan Rozaida terhadap boks B32 Bold menginspirasikan gaya terbaru di dalam pembuatan produk terbaharu dengan menggunakan ‘polypropylena’ (PP) sebagai bahan komponen utama yang sesuai dengan keadaan cuaca di Malaysia.


Pengarah Urusan GIVI Asia, On Hai Swee berkata rekabentuk kotak bersegi sengaja dipilih untuk boks B32 Bold setelah kajian mendapati ia lebih diminati sebagai trend terkini berbanding bentuk bujur dalam rekaan sebelumnya.

Beliau berkata GIVI mahu memberi pendedahan kepada pengguna motosikal berkuasa rendah tentang pentingnya keperluan boks kepada pengguna motosikal terutama dalam kehidupan seharian mereka.

“Bila kita perhatikan, masih ramai menggunakan motosikal berkuasa rendah untuk aktiviti harian termasuk membeli-belah dengan mereka perlukan lebih banyak ruang selain faktor keselamatan,” katanya.  – BERNAMA

Kategori