Wednesday, November 27, 2024

Creating liberating content

Risau Dinding Flat Loke...

KUALA LUMPUR - Setiap kali hujan, penduduk di 1,200 unit perumahan awam (PA)...

SPRM Sasar 70 Peratus...

PENDANG - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyasarkan peningkatan peratusan sokongan daripada masyarakat...

Kilang Membuat Cat Di...

JOHOR BAHRU - Sebuah kilang membuat cat di Jalan Sri Plentong 6, Taman...

Penduduk Sifatkan Pembangunan Sebagai...

KLUANG - Pengumuman beberapa projek pembangunan infrastruktur oleh kerajaan negeri di daerah ini...

Gajet, Program TV Sebab Hilangnya Semangat Aidilfitri

KINI berakhir sudah minggu pertama Syawal. Lebaran dipenuhi dengan riang tawa anak muda, ungkapan kemaafan dari sedekat-dekat keluarga sehingga sejauh-jauh sahabat.

Namun begitu, semangat ini dilihat makin pudar pada masa kini apabila anak muda dimomokkan dengan gajet dan cerita-cerita menarik yang disajikan di depan televisyen.,

Jika dilihat pada masa dahulu, anak muda yang berada di kampung akan meluangkan sedikit masa untuk melakukan “baraan” atau kunjung-mengunjung di dalam kawasan kampung.

Namun, realiti anak muda masa kini hanya tersangkut di depan kaca TV atau komputer mahupun telefon pintar. Ke mana hilangnya semangat silaturahim anak muda?

Perkara ini sebenarnya berpunca dari pelbagai faktor. Faktor paling utama adalah kurang kawalan ibubapa terhadap gajet anak-anak. Mereka hanya membiarkan anak-anak mereka bermain dengan gajet hanya kerana mahu memastikan anak mereka tidak membuat perangai.

Namun, ada pelbagai cara lain untuk memastikan anak-anak ini tidak meragam iaitu dengan membenarkan mereka bermain dengan sepupu atau sahabat yang sebaya dengan mereka.

Faktor yang kedua, persekitaran masyarakat yang kurang bersosial dengan masyarakat sekeliling. Masyarakat sebenarnya perlu bergaul antara satu sama lain.

Pergaulan masyarakat mampu mewujudkan suasana yang gembira terutamanya pada hari raya. Apabila suasana masyarakat dah gembira, maka anak-anak muda mampu berkunjung ke rumah sanak saudara serta jiran sekampung dengan hati yang gembira.


‘Hantu Gajet’ gelaran yang sesuai untuk golongan pada masa kini. Keadaan mereka yang berkepit 24 jam dengan gajet merenggangkan lagi hubungan silaturrahim.

Mereka hanya mengambil gambar secara bersama dan kemudian tidak bertegur sapa dengan orang di hadapan mereka sebaliknya bertegur sapa dengan golongan anti sosial yang online di media sosial.

Perkara ini amatlah ditakuti kerana sinar aidilfitri tidak dapat dilihat di wajah mereka sebaliknya sinar lampu LED telefon menyinari wajah mereka.

Untuk melihat sinar atau semangat aidilfiri mekar kembali, jauhi anak anda daripada gajet dan ajaklah mereka untuk berbual bersama saudara-mara atau sahabat handai. Mana tahu, nanti boleh dapat bakal menantu. Selamat meneruskan Aidilfiri.

#LaskarMalaya

Kategori