Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

AMK Kata Mahkamah Malaysia...

KUALA LUMPUR - Mahkamah di Malaysia mungkin hanya dianggap adil dan saksama jika...

Kastam Labuan Akan Kutip...

LABUAN - Jabatan Kastam Diraja Malaysia Labuan yakin dapat mengutip lebih RM800 juta...

Gay, Penagih Dadah Dipantau...

PUTRAJAYA - Demi mencapai taraf negara bebas HIV/Aids menjelang 2030, Kementerian Kesihatan Malaysia...

NCER Dijangka Meningkat RM300...

PANGKOR - Pihak Berkuasa Pelaksanaan Koridor Utara (NCIA) menyasarkan ekonomi Wilayah Ekonomi Koridor...

Gangguan Bekalan Air Di Sepang Hulu Langat

KUALA LUMPUR – Beberapa kawasan di daerah Sepang dan Hulu Langat akan mengalami gangguan bekalan air sementara selama 18 jam bermula 8 malam 20 Julai hingga 2 petang, 21 Julai ini.

Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (Syabas) dalam kenyataannya berkata gangguan bekalan itu ekoran kerja-kerja penggantian perkakasan di Kolam Perkhidmatan Air Desa Putra.

Katanya, sebanyak 36 kawasan akan terjejas di Sepang antaranya Puncak Pinggiran Putra; Taman Desa Utama Sungai Merab; Taman Desa Baginda; Taman Desa Sentosa Teras Jernang dan Agensi Anti Dadah Kebangsaan Bangi.

Turut terjejas ialah Institut Latihan Sultan Ahmad Shah; Universiti Tenaga Nasional; Institut Perguruan Islam Selangor, Taman Desa Fitri, Kampung Desa Putra; Seksyen 11 dan Seksyen 12 di Bandar Baru Bangi; Taman Ayer Hitam Permai dan Kampung Orang Asli Bukit Dugang.

Sementara di Hulu Langat, sebanyak 11 kawasan terjejas iaitu Universiti Kebangsaan Malaysia Lingkungan 1; Alam Sari; Petronas LLM (SKVE); Sekolah Antarabangsa Tanahrata; Apartmen Kelisa Ria Sungai Tangkas; German-Malaysian Institute(GMI); Taman Universiti; Taman Vista Emas; Taman Tropika 1 dan 2; Villa Tropika Apartmen dan Green Villa Apartmen Sungai Tangkas.


Sehubungan itu, Syabas menasihatkan pengguna supaya menyimpan air secukupnya sebelum kerja-kerja tersebut dijalankan.

Pengguna juga boleh merujuk www.syabas.com.my dan aplikasi telefon bimbit pintar ‘mySyabas’ untuk maklumat terkini mengenai gangguan bekalan air itu. – BERNAMA

Kategori