KUALA LUMPUR – Gas Malaysia Bhd melantik Akira Inukai sebagai Pengarah Gantian Bukan Bebas Bukan Eksekutif berkuat kuasa hari ini.
Syarikat itu dalam makluman kepada Bursa Malaysia berkata, Inukai, yang memiliki ijazah sarjana dalam kejuruteraan daripada Tohoku University, memulakan kerjaya beliau pada 1991 dengan Tokyo Gas Co Ltd. Jawatan terakhir beliau ialah Pengurus Besar Kanan, Jabatan Perancangan Perniagaan Global.
Sementara itu, Gas Malaysia turut mengumumkan peletakan jawatan Hisashi Nakamura sebagai Pengarah Gantian Bukan Bebas Bukan Eksekutif berkuat kuasa hari ini atas sebab-sebab perpindahan dalam kumpulan. – BERNAMA