Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Purata 5 Banduan Mati...

RIO DE JANEIRO - Penjara di Rio de Janeiro, Brazil mencatatkan sejumlah 442...

Video Mirip Fathia Latiff...

KUALA LUMPUR - Rata-rata netizen terkejut dengan penularan sebuah video yang didakwa mirip...

Asrama Tahfiz Di Teluk...

BUTTERWORTH - Sebuah bangunan asrama tahfiz di Telok Air Tawar di sini, musnah...

Tentera Pindahkan 470 Penduduk,...

DUNGUN - Tindakan pantas 22 anggota Rejimen Askar Melayu Diraja Kem Seri Pantai...

Gembira Tak Terkata Berjaya Teka No. Pin Kad ATM Curi!

TIDAK semua beg tangan atau dompet yang tercicir akan selamat sampai ke tangan pemiliknya semula.

Ada yang jujur untuk memulangkan kembali namun ada juga yang memilih untuk mengambil sahaja ‘rezeki terpijak’ yang dijumpai.

Begitulah nasib yang menimpa seorang lelaki di Indonesia apabila dia bukan sahaja kehilangan dompet akibat tercicir, malah wang simpanan di dalam banknya juga turut lesap disapu pencuri.

Menerusi rakaman kamera litar tertutup (CCTV) bertarikh 13 Jun lalu, ia memaparkan aksi dua gadis bertudung cuba menggeluarkan sejumlah wang dipercayai kepunyaan mangsa di sebuah mesin ATM.

Kedua gadis berkenaan pada mulanya dilihat cuba meneka nombar pin kad ATM mangsa, sehinggalah seorang dari mereka dilihat ‘melompat’ keriangan apabila tekaan nombor yang dicuba adalah tepat dan berjaya mengeluarkan sejumlah wang yang banyak.


Menurut portal Rancahpost, suspek meneka nombor pin kad ATM tersebut berdasarkan tarikh lahir mangsa yang terdapat pada kad pengenalan dan difahamkan, sebanyak Rp7 juta (RM2,254) telah dicuri mereka.

Tindakan kedua gadis ini mencetus kemarahan netizen kerana sikap mereka yang tidak jujur dan tergamak mengambil hak orang lain tanpa sedikit pun rasa bersalah.

“Semoga menjadi pengajaran kepada sesiapa yang melihat video ini, tu baru CCTV memerhati. Allah memerhati lebih hebat dari CCTV,” tulis Mohd Kyrul.

Pengajarannya di sini, jangan sesekali mengambil hak orang lain dan elakkan menggunakan tarikh lahir sebagai nombor pin kad ATM anda. – MYNEWSHUB.CC

Kategori