SYDNEY – Gempa bumi berukuran 6.4 magnitud melanda kawasan berhampiran New Ireland, Papua New Guinea pada Khamis, lapor agensi berita China Xinhua.
Menurut laporan awal Tinjauan Geologi Amerika Syarikat (USGA), gempa berlaku pada kedalaman 42 kilometer dari pantai.
USGS berkata gempa yang melanda rantau berkenaan baru-baru ini, menyebabkan tanah runtuh namun setakat ini tiada laporan berhubung kejadian itu diterima.
Sistem Amaran Tsunami Amerika Syarikat mendakwa gempa sebenar berukuran 6.7 magnitud namun tiada amaran tsunami dikeluarkan. – BERNAMA