Thursday, November 28, 2024

Creating liberating content

Elly Mazlein Sedia Timbang...

JIKA sebelum ini penyanyi Elly Mazlein, teguh menyatakan pendiriannya enggan kembali semula bertanding...

Lil Bub Sudah Tiada

INDIANA - Lil Bub, seekor kucing betina yang mempunyai berjuta-juta pengikut di laman...

Ambil Iktibar Konflik Dalaman...

TUMPAT - Konflik dalaman yang melanda PAS wajar diambil iktibar oleh para pengundi...

Tiada Rakyat Malaysia Terlibat...

KUALA LUMPUR - Wisma Putra mengesahkan sehingga kini tiada rakyat Malaysia terlibat dalam...

Geram Insurans RM100 Juta Ditolak, Amuk Bakar Bank

BATU PAHAT – Berang apabila permohonan insurans bernilai RM100 juta ditolak pihak bank, seorang lelaki cuba membakar sebuah bank di Jalan Kundang, Bukit Pasir, di sini, malam tadi.

Insiden sekitar 8.45 malam itu bermula apabila suspek yang berusia 29 tahun itu dilihat menuang cecair dipercayai petrol di pintu akses utama bank berkenaan sebelum melempar kertas yang telah dibakar sebelum melarikan diri.

Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Asisten Komisioner Abdul Wahib Musa, berkata kejadian itu bagaimanapun telah disedari oleh orang awam yang kebetulan berada di jalan berkenaan lalu memaklumkan kepada pihak polis.

“Siasatan awal mendapati suspek mendakwa tidak puas hati selepas bank berkenaan menolak permohonannya yang mahukan perlindungan insurans bernilai RM100 juta.

“Pemeriksaan rekod mendapati suspek pernah menerima rawatan sebagai pesakit mental di Hospital Sultanah Nora Ismail, di sini.


“Kebakaran di pintu bank itu dapat dikawal oleh pihak bomba dan tiada kerosakan serius berlaku,” ujar Abdul Wahib yang dipetik media tempatan.

Beliau berkata, pihak polis berjaya mengesan suspek sebelum ditahan di rumahnya lewat Khamis. Suspek kemudian direman selama empat hari mulai hari ini bagi membantu siasatan.

Kes ini disiasat di bawah Seksyen 436 Kanun Keseksaan kerana melakukan khianat dengan api.  – MYNEWSHUB.CC/Amy Maizura

Kategori