Monday, October 28, 2024

Creating liberating content

Banjir: 57 Sekolah Ditutup...

KUCHING - Banjir di beberapa kawasan di negeri ini menyebabkan 57 sekolah ditutup...

Ujian Mekanisme Subsidi Petrol...

PUTRAJAYA - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) mempertimbangkan untuk...

Nur Rozi Yanti Stabil...

KUALA LUMPUR - Pelumba pelapis berbasikal lebuh raya negara, Nur Rozi Yanti Mat...

Meninggal Dunia Dalam Sujud...

Kuala Lumpur : Pengurus Kanan Jabatan Kewangan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) meninggal...

Gergasi O&G Thailand Beli Kepentingan Projek LNG Petronas

BANGKOK – PTTEP, cabang penerokaan dan pengeluaran kepada gergasi minyak dan gas Thailand, PTT Group, telah bersetuju untuk membeli 10 peratus kepentingan dalam Petronas LNG 9 Sdn Bhd (PL9SB), sebuah loji pencairan LNG di Malaysia dengan kapasiti semasa sebanyak 3.6 juta setahun.

Pelaburan bernilai US$500 juta (RM2.14 bilion) itu akan dilaksanakan oleh PTT Global LNG Co Ltd, sebuah syarikat bersama antara PTTEP dan PTT Public Company Ltd.

“Kerjasama perniagaan dengan Petronas akan membolehkan PTTEP bertapak di Malaysia, bagi menyokong pengembangan perniagaan dan pelaburan dalam medan petroleum di negara ini,” katanya dalam satu kenyataan selepas mengumumkan keputusan suku tahun kedua hari ini.

Pelaburan tersebut adalah selaras dengan strategi syarikat dalam mencari peluang perniagaan dalam rantaian nilai LNG.

Sementara itu, PTTEP dalam kenyataan kepada Bursa Saham Thailand hari ini,berkata bahagiannya dalam pelaburan itu adalah sebanyak US$ 250 juta.


Dengan kemasukan PTT Global LNG, bahagian saham PL9SB terdiri daripada Petronas (80 peratus), JXTG Nippon oil and Energy Corporation melalui anak syarikatnya, Nippon Oil Finance (Netherland B.V) (10 peratus) dan PTT Global LNG (10 peratus).

Operasi komersial PL9SB akan bermula pada Januari 2018.

“‘Pengambilalihan kepentingan ekuiti dalam PL9SB adalah sebahagian daripada strategi PTTEP untuk bersinergi dengan PTT dalam rantaian nilai LNG yang bersepadu bagi memenuhi permintaan tenaga yang semakin meningkat di negara ini,” katanya. – BERNAMA

Kategori