Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Gangguan Bekalan Air Di...

KUALA LUMPUR - Gangguan bekalan air di beberapa kawasan di Kuala Lumpur yang...

Cikgu Tuisyen Didakwa Menipu...

KUANTAN - Seorang cikgu tuisyen mengaku tidak bersalah di dua Mahkamah Majistret berasingan...

“Jangan Rosakkan Bola Sepak”...

KUALA LUMPUR - Bekas Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Tunku Ismail Sultan Ibrahim...

Gelaran Datuk R Sri...

KUANTAN - Kerajaan Pahang mengumumkan gelaran Datuk dikurniakan kepada R Sri Sanjeevan ditarik...

Guna Kaedah Baharu Perangi Denggi 3 Tahun Lagi

GEORGE TOWN – Kementerian Kesihatan memerlukan dua hingga tiga tahun sebelum membuat keputusan berhubung penggunaan kaedah menyuntik bakteria ke dalam telur nyamuk aedes bagi mengawal virus denggi di negara ini.

Menterinya Datuk Seri Dr S. Subramaniam berkata projek perintis kaedah tersebut sedang dilaksana di Shah Alam dan AU Keramat, Selangor sejak Februari lalu.

“Walaupun hasil kaedah itu masih belum dimuktamadkan  tetapi ia menunjukkan tanda-tanda positif  apabila jumlah denggi di dua kawasan tersebut menunjukkan penurunan,” katanya pada sidang akhbar selepas merasmikan Hari Denggi ASEAN 2017 Peringkat Kebangsaan, di sini hari ini.

Dr Subramaniam berkata bakteria yang disuntik ke dalam telur nyamuk aedes itu berupaya mengurangkan virus denggi di dalam nyamuk aedes dewasa, sekali gus tidak menyebabkan denggi pada manusia yang menerima gigitan nyamuk tersebut.

Nyamuk yang membawa bakteria itu kemudian dilepaskan di kawasan-kawasan yang dikenal pasti mencatat jumlah denggi yang tinggi dan pihaknya akan memantau dari segi jumlah nyamuk serta kes-kes denggi di kawasan terlibat, kata beliau.

Dr Subramaniam berkata  kajian itu dijalankan dengan kerjasama sebuah institut di United Kingdom dan dipantau rapi untuk melihat keberkesanan serta kesan sampingannya sebelum memutuskan untuk memperluaskannya ke kawasan lain.

Antara negara yang menggunakan kaedah itu ialah Amerika Syarikat dan Australia manakala Singapura juga sedang dalam kajian untuk menggunakan metodologi tersebut bagi memerangi virus denggi.

Terdahulu berucap pada majlis itu, Dr Subramaniam berkata sejumlah 53,750 kes demam denggi dengan 122 kematian dicatat di seluruh negara dalam tempoh Januari hingga 15 Julai lalu, menurun berbanding 61,534 kes dengan 135 kematian bagi tempoh sama tahun lepas.


Beliau berkata denggi yang disebabkan nyamuk aedes merupakan penyakit kesihatan yang paling besar di negara ini dan kerajaan melaksanakan pelbagai usaha dan program untuk membendungnya.

Bagaimanapun, usaha untuk membanteras penyakit itu memerlukan kerjasama utuh dan komitmen pelbagai pihak terutama kerajaan negeri dan pihak berkuasa tempatan bagimemastikan tiada kawasan pembiakan aedes, katanya.

“Semua tahu demam denggi disebabkan oleh nyamuk aedes yang membiak di tempat-tempat air bertakung tetapi masih ramai yang gagal menjaga kebersihan kawasan mereka bagi memastikan tiada kawasan pembiakan nyamuk aedes.

“Pihak berkuasa tempatan dan kerajaan negeri juga perlu menguruskan sisa pepejal dengan baik dan tidak membiarkan sampah dikumpul berselerak,” katanya.

Sementara itu Kementerian Kesihatan dalam kenyataan di sini hari ini berkata sebanyak 6,031 tapak binaan diperiksa di seluruh negara dalam tempoh Januari hingga 8 Julai dan daripada jumlah itu 370 tapak binaan dikompaun kerana membiak aedes.

Sebanyak 1,790 tanah lot kosong pula dikenal pasti berisiko untuk pembiakan aedes dan daripada jumlah itu 1,418 telah dibuat pembersihan dan ‘larvaciding’, kata kenyataan itu. – BERNAMA

Kategori