Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

20 Premis Makanan Diberi...

LABUAN - Jabatan Kesihatan Labuan mengeluarkan notis penutupan sementara kepada sekurang-kurangnya 20 premis...

Sentap Dikata Over, Ogy...

JIKA anda merupakan penonton setia rancangan Maharaja Lawak Mega 2014 (MLM 2014), pastinya...

Pakai Jersi Malaysia, Gambar...

PEMERGIANNYA tiada galang ganti dalam bidang pengulasan sukan di Malaysia.Sehingga ke akhir hayat,...

Pengenalan, Kenaikan Cukai Pacu...

KUALA LUMPUR - Datuk Seri Najib Razak mendakwa kadar kenaikan bagi Indeks Harga...

Gurauan 3 Tahun Lepas Kini Bertukar Jadi Suami

BERMULA dengan gurauan akhirnya Llia Apostolou bertemu jodoh dengan suaminya, Phil. Tiga tahun lalu, Llia telah meminta netizen, kalau ada yang sanggup berpura-pura menjadi temannya bagi menghadiri majlis perkahwinan kakaknya.

Tanpa disangka-sangka lelaki yang menyahut cabarannya itu akhirnya menjadi suami Llia.

“Adakah anda lelaki? Bolehkan saya meminjam anda untuk majlis perkahwinan minggu depan? Markah bonus jika anda boleh bawa bayi di mana saya boleh berpura-pura itu adalah milik saya,’’ demikian tulisnya dalam Twitter pada 2014.

Tanpa disangkanya, Phil telah membalas Twitter berkenaan dan memberitahu dia bersedia dengan semuanya.

“Jumpa anda di atas altar,’’ kata Llia. Llia sambil menjemput Phil untuk menemaninya ke majlis perkahwinan kakaknya.

Phil bagaimanapun tidak pergi bersama Llia ke majlis perkahwinan itu namun mereka telah mengatur janji temu pada waktu lain.


Menceritakan perkara itu dalam blognya, Llia berkata, ketika itu dia cuba menafikan perasaannya bahawa kemungkinan Phil adalah pilihan tepat yang bakal merubah hidupnya.

Namun rupa-rupanya perasaan itu juga dialami oleh Phil dan akhirnya pada 4 Julai lalu, mereka telah berkahwin. – MYNEWSHUB.CC

Kategori