Monday, January 20, 2025

Creating liberating content

Sarjan Didakwa Minta Rasuah...

KUALA LUMPUR - Seorang anggota polis berpangkat sarjan mengaku tidak bersalah di Mahkamah...

PAN Minta Penyokong Pakatan...

KUALA LUMPUR - Parti Amanah Negara (PAN) meminta semua penyokong Pakatan Harapan menerima...

Raja Zarith Sofiah Bergelar...

JOHOR BAHARU - Raja Zarith Sofiah Almarhum Sultan Idris Shah hari ini dimahkotakan...

2 Hakim Wanita Pertama...

SHAH ALAM - Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah berkenan mengurniakan watikah lantikan...

Guru Diseru Bayar Zakat Melalui Potongan Gaji

ALOR SETAR – Lembaga Zakat Negeri Kedah (LZNK) menyeru kakitangan awam termasuk guru supaya menjelaskan bayaran zakat pendapatan menerusi potongan gaji secara berjadual.

Ketua Pegawai Eksekutifnya Zakaria Othman berkata, zakat yang dibayar menerusi potongan gaji dengan beberapa peratus potongan berkenaan, akan dipulangkan semula kepada Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) bagi menggerakkan aktiviti dan kebajikan pelajar serta guru di sekolah masing-masing.

“Mengikut data dan semakan di Jabatan Pendidikan negeri, 44 peratus kakitangan JPN tidak membayar zakat, ini bukan bermakna mereka tidak membayar zakat tetapi mereka bayar secara persendirian di kaunter zakat di daerah-daerah.

“Dalam rekod dan kajian yang dibuat menunjukkan 18,000 daripada 27,000 kakitangan jabatan itu membayar zakat melalui potongan gaji dan ia masih rendah,” katanya kepada pemberita selepas majlis Menandatangani Ikrar Bebas Rasuah (IBR) LZNK di Menara Zakat Kedah di sini, hari ini.

Seramai 154 kakitangan LZNK melafazkan ikrar bebas rasuah di hadapan Pengarah Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) negeri, Datuk Mohd Fauzi Mohamad.

Sementara itu, Mohd Fauzi berkata program menandatangani IBR oleh LZNK adalah tepat dalam usaha membanteras gejala rasuah di jabatan itu.

Katanya, selain IBR, SPRM negeri turut meningkatkan tahap kesedaran rakyat menerusi Gerakan Revolusi Anti Rasuah (GERAH) di seluruh negeri.


Melalui gerakan ini, seluruh anggota SPRM turun padang bersama-sama masyarakat untuk menanam rasa benci terhadap perlakuan rasuah dan sama-sama membantu menanganinya.

“Gerakan ini adalah untuk menukar pemikiran masyarakat agar benci kepada rasuah dengan menghadirkan diri di hospital, klinik kerajaan dan swasta, kaunter pejabat pihak berkuasa tempatan (PBT), stesen bas, teksi dan kereta api, pasar-pasar basah serta pasar raya menerangkan bahaya rasuah dan akibat menerima rasuah” katanya.

Katanya, LZNK adalah agensi kerajaan keempat yang menandatangani IBR selepas Anggota Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri, Syarikat Air Darulaman (SADA), dan Jabatan Agama Islam Kedah (JAIK).

“Kita akan teruskan ke seluruh agensi kerajaan dan swasta selepas ini untuk mereka tandatangani IBR dan saya rasa impaknya besar kerana bila berikrar orang akan berpegang pada janji itu dan tidak mendekati gejala rasuah,” katanya. – BERNAMA

  • Lagi berita berkaitan:
  • Zakat

Kategori