Friday, January 24, 2025

Creating liberating content

Kizierowski Buat ‘U-turn’ Batal...

KUALA LUMPUR - Ketika Kesatuan Renang Amatur Malaysia (ASUM) sudah berkira-kira hari menyambut...

Abdul Hadi Mahu Banyak...

Presiden parti PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang sedang melihat untuk berehat kerana...

Banjir: Pembangkang Terus Ambil...

KUALA LUMPUR - Parti-parti pembangkang memang hebat mengambil kesempatan daripada bencana banjir yang...

Agong Antara Hadir Beri...

ALOR SETAR - Yang di-Pertuan Agong, Sultan Muhammad V berangkat ke Balai Penghadapan,...

Hafiz Hamidun Tidak Tahu Foto Isteri Kena Kecam!

DUGAAN juga rupanya apabila bersuamikan seseorang yang bukan sahaja berprofil tinggi, malah dikenali di mata masyarakat sebagai lelaki yang ‘alim’ dan baik-baik.

Gara-gara memuat naik foto di Instagram dengan berpakaian yang tidak sesuai bagi imej wanita bertudung, isteri kepada penyanyi nasyid Hafiz Hamidun iaitu Joyrevfa atau Joy dikecam teruk oleh netizen!

Gambar yang dimuat naik Joy pada Ahad lalu itu merupakan salah satu foto untuk tujuan mempromosikan jenamanya, Merve.

Pakaian yang dikenakan Joy dikatakan terlalu seksi kerana seolah-olah menampakkan bahagian dada walaupun dia memakai anak baju dengan kain warna kulit.

Dan secara automatiknya, sebagai suami, Hafiz Hamidun, turut terheret sama dek kerana imej ‘tak seswai’ isterinya itu.

Tapi apa yang mengejutkan adalah apabila Hafiz sendiri tidak mengetahui hal itu kerana dia telah disekat untuk menjadi pengikut di Instagram milik isterinya sendiri!

Oleh itu Hafiz tidak boleh melihat foto-foto dikongsi Joy atau nama sebenarnya Siti Arifah Amin, 30, di Instagram.

Hafiz Hamidun Tidak Tahu Foto Isteri Kena Kecam!


“Saya tak mengikuti Joy di Instagram, jadi saya tak tahu tentang foto tersebut.

“Malah, rasanya isteri dah sekat akaun saya di Instagram dan sebab itu saya tidak boleh lihat foto-foto yang dikongsinya.

“Jadi, buat masa sekarang ini tak ada apa yang boleh saya komen,” kata Hafiz kepada mStar Online.

Hafiz dan Joyrevfa berkahwin pada 1 Mei lalu di Shah Alam. Perkahwinan mereka antara yang mendapat perhatian netizen kerana rata-rata memuji Hafiz memilih Joy yang berstatus janda anak satu. – MYNEWSHUB.CC

Kategori