Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Ekonomi Digital Pencetus Kemajuan...

KUALA LUMPUR - Kejayaan usahawan digital hari ini membuktikan ekonomi digital bukan sahaja...

Enam Remaja Bawah Umur...

Georgetown : Enam remaja bawah umur antara 22 individu yang ditahan dalam pesta...

Anggota Polis Maut, Kereta...

SERIAN – Seorang anggota polis maut selepas kereta dipandunya hilang kawalan di kilometer...

Suhu Laut Naik Di...

PANAS... Suhu air laut naik pada rentak lebih pantas, ketika pemanasan bumi ancam...

Haji: Jemaah Diminta Utama Keselamatan, Kesihatan

KUALA LUMPUR – Jemaah-jemaah haji Malaysia dinasihati membuat persiapan rapi serta mengutamakan aspek keselamatan dan kesihatan diri mereka sepanjang berada di Tanah Suci bagi menunaikan rukun Islam kelima itu.

Menteri  di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata setiap  jemaah hendaklah memastikan kesihatan diri mereka dalam keadaan baik sepanjang menunaikan ibadah itu.

“Mereka perlu memastikan tidak terbabit dengan sebarang aktiviti yang boleh membahayakan diri atau menyebabkan kemalangan supaya dapat pulang ke pangkuan keluarga dalam keadaan sihat dan selamat.

“Semua jemaah juga diharap dapat mematuhi arahan pihak pengurusan Lembaga Tabung Haji (TH) dan sentiasalah berhubung dengannya jika mempunyai sebarang permasalahan semasa berada di Tanah Suci,” kata beliau semasa merasmikan Kursus Perdana Haji Musim 1438H/2017 Peringkat Wilayah Persekutuan yang disertai 1,850 jemaah haji di sini, malam ini.

Kursus dua hari itu, yang diadakan secara berperingkat di 17 lokasi di seluruh negara bermula semalam hingga 16 Julai ini, merupakan kursus terakhir anjuran TH dalam usaha meningkatkan pengetahuan jemaah haji berkaitan ibadah haji.


Seramai 30,200 jemaah haji dari seluruh negara bakal mengerjakan ibadah itu tahun ini dengan penerbangan pertama dijadual berlepas ke Tanah Suci pada 24 Julai ini. – BERNAMA

Kategori