Friday, January 10, 2025

Creating liberating content

Sasaran 3 Juta Guna...

KUALA LUMPUR - Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) menjangkakan sejumlah tiga juta akan...

Warga Mongolia Derma Emas,...

ULAANBAATAR - Jutaan rakyat Mongolia tampil menyumbangkan wang tunai, barang perhiasan, emas bahkan...

Isu Doping Atlet Di...

KETUA kontinjen negara ke Sukan Komanwel 2018, Huang Ying How mengakui beliau mengetahui...

Pakatan Harapan Ambil Masa...

KUALA LUMPUR - Kerajaan tidak akan terburu-buru membuat keputusan berhubung cadangan penghapusan tol sebaliknya...

Hannah Menerima Pelbagai Mesej Berbaur Lucah

HANNAH Delisha nama yang tidak asing lagi dalam dunia lakonan. Aktres cantik ini semakin menempa nama dalam pentas lakonan sejak membintangi drama Mencintaimu Mr Photographer.

Hannah, 21, berkata sejak membintangi drama bersiri tersebut, dia kerap menerima banyak kiriman gambar dan mesej berunsur lucah di laman instagram.

Apa yang peliknya, kebanyakan mesej berbaur seks yang diterima itu adalah dari kalangan remaja pelajar sekolah.

“Sejak drama ini ditayangkan di saluran Astro Ria, ruangan Direct Message (DM) Instagram dihujani pelbagai mesej.

“Ada antaranya gambar dan mesej lucah dan tidak kurang juga yang meluahkan perasaan cinta. Namun saya tak layan pun semua mesej itu kerana bimbang mereka bertindak lebih lagi.

“Jadi, terbaik saya buat tak tahu saja. Lagi satu, kalau saya membalas mesej itu nanti mereka akan terus berharap saya terus melayan mereka,” katanya dipetik sebuah portal online.


Tambahnya lagi, dia malas melayan atau mengambil kisah berkenaan perkara tersebut kerana anggap sebahagian cabaran dalam dunia anak seni dan masih banyak lagi yang bakal dihadapinya pada masa akan datang.

Hannah Adlina Blackburne Birch atau dikenali sebagai Hannah Delisha merupakan seorang pelakon, penyanyi dan pengacara kelahiran Singapura.

Namanya berjaya melonjak naik melalui lakonannya sebagai Aira Qaisara dalam drama Mencintaimu Mr Photographer digandingkan dengan Syafiq Kyle. – MYNEWSHUB.CC/Amy Maizura

Kategori