Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Tuduhan Rakyat Sedang Kebuluran,...

SHAH ALAM - Tindakan seorang pemimpin wanita Pas yang menyebarkan dakwaan rakyat sedang...

Dituduh Buat Tak Senonoh,...

KUALA LUMPUR - Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata beliau sedia memberi...

Pesakit Covid-19 Ambil Ubat...

KUALA LUMPUR - Seramai 173 pesakit Covid-19 diberikan ubat antiviral Paxlovid telah sembuh...

Kasut Buruk Dijual Lebih...

SEBUAH pusat beli belah mewah, Barneys New York telah dituduh menghina golongan miskin...

Hanya Kambing Australia Untuk Aidiladha Di Singapura

SINGAPURA – Dalam satu perubahan ketara bagi ibadah korban tahun ini, hanya kambing korban dari Australia sahaja yang akan dibawa masuk ke Singapura untuk perayaan Hari Raya Haji depan.

Ini berbeza daripada sepanjang empat tahun lalu – iaitu dari 2013 dari 2016 – apabila kambing-kambing korban dari sumber alternatif seperti Kanada dan Ireland, juga pernah dibawa masuk ke Singapura untuk sambutan Aidiladha.

Menurut media tempatan, Jawatankuasa Korban Masjid-Masjid Singapura (JKMS) memakluman demikian dalam satu kenyataan, dengan memutuskan akan membawa masuk sebanyak 3,700 ekor kambing korban dari Australia.

Jumlah itu menyaksikan pertambahan sebanyak 200 ekor kambing berbanding pada tahun lalu apabila hanya 3,500 ekor kambing dibawa masuk, masing-masing meliputi 1,700 kambing dari Ireland dan 1,800 dari Australia.

Bagi ibadah korban musim tahun ini, masyarakat Muslim sudah boleh membuat tempahan dari JKMS. Harga setiap ekor ialah S$485 seekor (RM1,500) – iaitu $5 (RM16) lebih rendah berbanding harga S$490 (RM1,525) pada 2016.

Untuk rekod, pada sambutan Aidiladha tahun lalu, selain kambing Australia, JKMS turut menawarkan haiwan sama dari Ireland tetapi dengan harga S$556 (RM1,730) seekor iaitu lebih mahal berbanding kambing Australia.

Dalam kenyataannya dipetik stesen tempatan Channel NewsAsia, JKMS menjelaskan ia memutuskan untuk hanya menawarkan kambing dari Australia sahaja kerana ia dapat dilaksanakan dengan lebih cekap dan berkesan.

Menurut JKMS lagi, sejak tahun 2013, pihaknya pernah meneroka sumber-sumber alternatif kambing dari pelbagai negara sebagai sebahagian daripada perancangan pengurusan risiko, menurut kenyataan badan tersebut.

“JKMS sudah menilai ujian itu dan memutuskan sumber-sumber alternatif itu kurang sesuai berbanding sumber yang biasa, iaitu kambing Australia, disebabkan tempoh penerbangan yang lama,” tambah kenyataan itu lagi.

Pada tahun lalu, sebanyak 121 ekor kambing dari Ireland mati setibanya di Singapura. Hasil bedah siasat yang dijalankan ke atas beberapa ekor kambing Ireland menunjukkan haiwan itu mungkin mati kerana kepanasan.


Satu lagi perubahan ketara dalam pengurusan kambing korban kali ini, ialah ia akan dikendalikan oleh sebuah syarikat baharu – tidak lagi Mini Environment Services, yang sudah mengendalikannya sejak tahun 2012.

Justeru Big Foot Logistic Pte. Ltd., dipilih sebagai Syarikat Penyedia Korban Diluluskan (AKV) untuk menerbangkan kambing-kambing Australia, dari pelbagai sumber yang sudah diluluskan pihak berkuasa veterinar Singapura.

Firma tempatan berkenaan merupakan sebuah syarikat penyedia perkhidmatan transit darat, udara dan pelepasan kastam dan JKMS menyatakan “ia adalah pilihan terbaik serta paling menjimatkan bagi ibadah korban 2017”.

Selain Persatuan Muhammadiyah Singapura dan Persatuan Jamiyah Singapura, pendaftaran bagi ibadah korban tahun ini akan dijalankan serentak di 25 buah masjid di merata Singapura bermula 11 Julai sehingga 15 Ogos 2017.

Berikut adalah 25 masjid tersebut: Masjid Sultan, Masjid Al-Amin, Masjid Darul Aman, Masjid Ar-Raudhah, Masjid Al-Istighfar, Masjid Al-Iman, Masjid Omar Salmah, Masjid Jamae Chulia dan Masjid Kampung Siglap.

Juga Masjid Assyakirin, Masjid En-Naeem, Masjid Darul Makmur, Masjid An-Nahdhah, Masjid Jamiyah Ar-Rabitah, Masjid Al-Firdaus, Masjid Al-Mawaddah, Masjid Petempatan Melayu Sembawang dan Masjid Al-Khair.

Tidak ketinggalan ialah Masjid Tentera Di-Raja, Masjid Alkaff Kampung Melayu, Masjid An-Nur, Masjid Hang Jebat, Masjid Haji Yusoff, Masjid Assyafaah dan Masjid Ahmad Ibrahim. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Kategori