Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Air Sungai Utama Kawasan...

ALOR SETAR – Paras air di semua sungai utama di kawasan Muda di...

PM Ucap Takziah Pemergian...

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengucapkan...

2 Kematian COVID-19 Dalam...

PUTRAJAYA - Sejumlah 105 kes kematian dilaporkan semalam termasuk kes tertunggak menjadikan jumlah...

PAS Kesal PAN Politikkan...

KUALA LUMPUR - PAS menyelar Parti Amanah Negara (PAN) kerana memperlekehkan usaha parti...

Haqiem ‘Amuk’ Dikritik Tak Boleh Nyanyi Nada Tinggi?

PENYANYI yang semakin meningkat naik, Haqiem Rusli memberi penjelasan tindakannya membalas semula semua komen netizen yang mengkritik nyanyiannya adalah di atas sebab untuk mempertahankan diri.

Ridzuan Haqiem Rusli atau dikenali sebagai Haqiem Rusli, memberitahu bahawa dia sedikit pun tidak berniat untuk bersikap arrogant mahupun tunjuk pandai seperti yang diperkatakan netizen.

“Saya boleh terima sebarang kritikan daripada peminat. Tapi kalau komen atau kritikan tersebut seakan-akan ingin menjatuhkan, saya perlu mempertahankan diri.

“Mestilah saya rasa sakit hati apabila kita dah lakukan yang terbaik tapi masih ada yang tidak berpuas hati,” ujar Haqiem memetik sebuah portal online.

Haqiem mengaku bahawa dia tidak mampu untuk mencapai nada tinggi untuk lagu terbarunya Tergantung Sepi seperti mana yang dipertontonkan menerusi sebuah video baru-baru ini.

Penyanyi  itu menyatakan sebenarnya bukan mudah baginya untuk membawa sebuah lagu bernada tinggi secara langsung seperti yang disangkakan.

“Orang selalu ingat nyanyi lagu nada tinggi secara langsung itu mudah sahaja. Memang la dalam rakaman suara tak ada masalah sebab boleh buat berulang kali.

“Secara jujur, saya memang tak boleh nak capai nada tersebut sebab itu saya tukar melodi lain. Tapi yang penting, saya sudah lakukan dengan terbaik,” katanya.

Tambahnya lagi, sekurang-kurangnya dia tidaklah menyanyi sumbang ketika membuat persembahan tersebut.


Peminat-peminat melemparkan rasa kecewa berikutan kegagalan nyanyiannya ketika membuat persembahan di program Twit-Twit menerusi video yang dimuat naik di Youtube pada Jumaat lepas.

Kebanyakan antara mereka mempertikaikan suara Haqiem yang tidak boleh mencapai nada tinggi ketika persembahan secara langsung.

Malah, terdapat juga pihak meminta agar Haqiem mengikuti kelas vokal.

Namun, Haqiem tidak berdiam diri malah mengambil inisiatif membalas semua kembali kritikan tersebut bagi membela dirinya

“Be positive, bersihkan hati, cuba support. Ini nak menjatuhkan buat apa. I’m so sorry. But kecewa kita dah buat terbaik diorg ni hmm,” antara balasan yang ditulis Haqiem.

Bersabarlah, sudah menjadi adat manusia suka mengkritik.  Apa-apapun stay positive, jangan biar ‘tergantung sepi’ nanti ‘segalanya’ akan terjawab, okay! – MYNEWSHUB.CC/Amy Maizura

Kategori