Wednesday, November 27, 2024

Creating liberating content

Tinggal Di Pondok Usang,...

ALOR SETAR – Sekali pandang ia tidak ubah seperti 'reban ayam'. Namun, siapa...

Agropelancongan Di Kampung Orang...

JOHOR BAHRU – Kerajaan negeri Johor terus komited membangunkan kualiti hidup masyarakat Orang...

Shamsul Anuar Letak Jawatan...

PUTRAJAYA – Ahli Parlimen Lenggong, Datuk Seri Shamsul Anuar Nasarah melepaskan jawatan sebagai...

JIM Mahu Majikan Gaji...

KOTA KINABALU - Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) berharap pihak Mahkamah dapat menjatuhkan hukuman...

Harapan Malaysia Mara Ke Final AFF U-15 Lebur

KUALA LUMPUR – Harapan skuad bola sepak kebangsaan Bawah 15 Tahun untuk ke final pada Kejohanan Persekutuan Bolasepak ASEAN (AFF) 2017 Bawah 15 Tahun lebur, selepas kalah 0-1 kepada Thailand dalam perlawanan separuh akhir di Stadium Chonburi, Thailand semalam.

Gol kemenangan dijaringkan Jakkrapong Sanmahung pada minit ke-17 untuk pasukan tuan rumah mara ke final buat kali keempat, menurut laman web AFF, www.aseanfootball.org.

Dalam perlawanan separuh akhir yang lain, juara dua kali Vietnam, menewaskan juara bertahan Australia 2-0 di venue yang sama malam tadi.

Malaysia akan bertemu Australia pada perlawanan bagi tempat ¾ manakala Vietnam akan beraksi menentang Thailand pada perlawanan akhir. Kedua-duanya akan diadakan di venue sama pada Sabtu.

Edisi ke-12 kejohanan tahunan itu diadakan sejak 2002 menampilkan 12 negara dengan Australia mendahului cabaran Kumpulan A selain Thailand, Laos, Indonesia, Myanmar dan Singapura.


Kumpulan B terdiri daripada Vietnam, Kemboja, Timor-Leste, Filipina, Brunei dan Malaysia.

Untuk rekod, Malaysia muncul juara pada 2013 selepas menundukkan Indonesia 3-2 pada penentuan sepakan penalti setelah kedua-dua pasukan terikat 1-1 selepas masa perlawanan sebenar.

Kejohanan itu sebelum ini dimainkan oleh pasukan Bawah 16 Tahun. Kumpulan umur baharu ini diperkenalkan tahun ini.- BERNAMA

Kategori