Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Jamal Hilang Disebabkan Masalah...

KUALA LUMPUR - Isu Datuk Seri Jamal Md Yunus yang dilaporkan menghilangkan diri...

Berbusana Melayu Imbau Detik...

MELAKA - Orang ramai di seluruh Malaysia khususnya di Melaka dan golongan generasi...

Mata Dikorek Guna Sudu...

ISLAMABAD - Gara-gara mahu bernikah dengan gadis pilihannya, seorang lelaki hilang penglihatan selepas...

Bekalan Elektrik Di Gaza...

GAZA - Pihak Israel memutuskan untuk mengurangkan bekalan elektrik ke Semenanjung Gaza kepada...

Hasrat Selamat Nenek, Tok Saudara Tak Kesampaian

KUALA LUMPUR – Hasrat seorang cucu untuk menyelamatkan nenek dan datuk saudaranya yang terperangkap dalam kebakaran di rumah mereka di Jalan SS 2/4 Petaling Jaya, dekat sini awal pagi ini, tidak kesampaian.

Saksi kejadian, Puan Noor Ismail, 50, berkata beliau terpaksa mengarahkan cucu mangsa yang dipanggil Zain, 30-an, untuk terjun daripada balkoni tingkat dua rumah berkenaan ekoran asap tebal yang menyelubungi rumah teres itu.

“Zain berkeras mahu masuk ke dalam rumah untuk selamatkan nenek dan datuk saudaranya, namun saya memujuknya supaya keluar kerana bimbang dia akan lemas sebab asap tebal.

“Saya dan jiran-jiran hanya menggunakan paip air di rumah masing-masing untuk memadam kebakaran sebelum bomba tiba,” katanya kepada pemberita di lokasi kejadian.

Dalam insiden kira-kira 3.30 pagi itu, dua beradik warga emas meninggal dunia  selepas rumah teres dua tingkat yang didiami mereka terbakar.


Rohani Abdul Manan, 89, ditemukan meninggal dunia di dalam tandas tingkat atas  kediaman berkenaan, manakala adiknya Ahmad Lokman, 73, yang juga orang kelainan upaya (OKU) dijumpai di bahagian dapur berhampiran bilik air.

Sementara itu, Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor Azmi Osman berkata siasatan awal mendapati kebakaran berpunca dari tingkat bawah rumah dua tingkat itu.

“Kemungkinan mangsa meninggal dunia akibat lemas terhidu asap tebal berikutan tiada kecederaan serius ditemui pada badan kedua-dua mangsa,” katanya kepada  pemberita di sini, hari ini.  – BERNAMA

Kategori