Thursday, October 24, 2024

Creating liberating content

Filipina Tangani Insiden Bakar...

KUALA LUMPUR - Pihak berkuasa Filipina akan menangani insiden orang awam bertindak membakar...

Lelaki Warga Pakistan Bebas...

KUALA LUMPUR - Seorang lelaki warga Pakistan mengesat airmata gembira menyambut keputusan Mahkamah...

Program Jahit Jana Pendapatan...

KUALA LUMPUR - Suri rumah di kawasan Projek Perumahan Rakyat (PPR) Kota Damansara...

Benarkah Saman AES Fasa...

INI pasti berita gembira buat 1.6 juta pesalah Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) apabila...

HIV: Potongan Bajet AS Tindakan Kejam

PARIS – Beberapa pemimpin kumpulan memerangi wabak HIV antarabangsa menggesa kerajaan Amerika Syarikat yang menjadi penderma terbesar penyelidikan dan rawatan AIDS dunia supaya menolak tindakan kejam Presiden Donald Trump untuk mengurangkan sumbangan dana.

Mereka berkata, kekurangan sumbangan dana akan menyebabkan banyak kematian.

“Penderma terbesar dan paling penting HIV mengancam untuk mengurangkan dana program penyelidikan dan rawatan. Pengurangan sumbangan kepada penyelidikan dan HIV adalah satu bencana yang sepatutnya tidak berlaku,” kata Presiden Persatuan AIDS, Linda-Gail Bekker kepada persidangan sains HIV global di Paris.

Lebih 6,000 saintis berhimpun di ibu negara Perancis, sehingga Rabu ini untuk menilai kemajuan sains AIDS, ketika wujud kebimbangan dana kian berkurangan.

Menurut Yayasan Keluarga Kaiser, sebuah NGO dasar kesihatan di California, jumlah dana hasil derma kerajaan di seluruh dunia untuk HIV susut tahun lalu kepada paras terendah sejak 2010 daripada AS$7.5 bilion (RM32.13 bilion) pada 2015 kepada AS$7 bilion (RM29.98 bilion).


Sejak bertahun-tahun, Amerika Syarikat menjadi penyumbang terbesar dalam usaha global memerangi jangkitan HIV dengan sumbangan mewakili dua per tiga daripada penderma kerajaan.

Bagaimanapun, bajet dicadangkan Trump yang dihantar Mei lalu mengurangkan sumbangan dana kepada beberapa program kesihatan dunia termasuk HIV dan AIDS dengan harapan penyumbang lain meningkatkan komitmen sumbangan mereka. – AFP/BH ONLINE

Kategori