Saturday, January 25, 2025

Creating liberating content

Nadzmi Nafi Ambil Dadah,...

"SAYA tidak pernah ambil dadah sepanjang 25 tahun ini. Bukan air kencing saya...

Akauntan Kelar Leher 14...

Mumbai - Seorang lelaki berusia 35 tahun membunuh 14 anggota keluarganya, termasuk tujuh...

Langkah Mahathir Cetus Kebimbangan...

GERAKAN oleh Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad sejak memegang tampuk pemerintahan di...

Warga Nigeria Mati Dalam...

KUALA LUMPUR - Warga Nigeria Orhions Evansiha Thomas yang meninggal dunia di dalam...

Bekas Isteri Bengang Faizal AF Tuduh Dia Punca Cerai?

RUPA-rupanya bekas juara Akademi Fantasia musim keempat, Muhammad Faizal Ramly telah pun sah bercerai dengan isterinya pada Disember lalu.

Perkahwinannya dengan bekas isteri, Sahidatul Najiha merupakan perkahwinan ketiganya.

Dalam kenyataannya sebelum ini, Faizal mengatakan dia sudah memaafkan isterinya dan redha dengan apa yang berlaku.

Menurut Faizal, bekas isterinya itu mungkin tidak dapat memahami kerjayanya sebagai seorang anak seni sekali gus menjadi penyebab kepada keruntuhan rumah tangga mereka.

Bertitik tolak daripada kenyataan Faizal, Sahidatul telah membuat kenyataan balas di akaun Facebooknya.

Bekas Isteri Bengang Faizal AF Tuduh Dia Punca Cerai?

Bekas isteri Faizal, Sahidatul Najihah agak berang kerana dia dituduh menjadi punca keretakan rumah tangganya sendiri.

Sahidatul juga telah mengeluarkan kenyataan bahawa Faizal merupakan seorang kaki pukul dan main perempuan? Uishh betul ke ni Faizal?

Beliau juga telah berkongsi posting dari laman Facebook URTV mengenai video kenyataan bekas suaminya itu.


Bekas Isteri Bengang Faizal AF Tuduh Dia Punca Cerai?

“Berbangga benar bagitahu bila tiga kali BERKAHWIN. Bertanggungjawab dari segi mana tuu? Orang yang bertanggungjawab ni dia laksanakan tugas yang Allah berikan. Bukan bercakap seperti tin kosong! Tingg tinggg habuk pun takdakkkk!” berikut merupakan kapsyen yang ditulis Sahidatul.

Sahidatul juga tidak menyalahkan peminat Faizal kerana dia faham bahawa bekas suaminya itu merupakan seorang artis. Jadi tak terkejutlah kalau netizen semua nampak yang buruk sahaja pada dirinya.

Sahidatul juga dikatakan telah menfailkan penceraian kerana baginya rumah tangga mereka sudah tidak dapat diselamatkan lagi. – MYNEWSHUB.CC

Oleh: Ainaa Hafizah

Kategori