Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

YouTube Kids Jadi Aplikasi...

WASHINGTON DC - Pengendali laman perkongsian video popular di dunia, YouTube akan melancarkan...

Petugas KKM Kena Covid-19...

PETALING JAYA - Tiada mana-mana kakitangan Kementerian Kesihatan (KKM) dilaporkan dijangkiti Covid-19 tahap...

Khazanah Jual Seluruh Kepentingan...

KUALA LUMPUR - Khazanah Nasional Bhd. akan menjual keseluruhan kepentingannya dalam lebuhraya bertol...

Catatan Perjalanan Media Malaysia...

SELEPAS berjaya memasuki kawasan Masjid Al-Aqsa, rombongan media Malaysia turut berpeluang menyaksikan sendiri...

Hukuman Sebat Kelantan Tak Akan Jejas Pelancong

KUALA LUMPUR – Rang Undang-Undang (RUU) Enakmen Tatacara Jenayah Syariah 2002 (Pindaan 2017) yang diluluskan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan semalam, tidak akan menjejaskan kedatangan pelancong ke Malaysia.

Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz berkata Kelantan pada masa ini bukan tergolong dalam negeri-negeri yang kerap dilawati oleh pelancong di negara ini.

Malah jelasnya pindaan itu yang antara lain membolehkan hukuman sebat dijalankan di khalayak ramai hanya melibatkan orang Islam sahaja.

“Kalau pelancong takut ke Kelantan, mereka boleh melawat ke tempat lain, banyak lagi tempat menarik boleh dilawati seperti Kuala Lumpur, Sabah dan Sarawak,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Bengkel Nasional Malaysia Rumah Keduaku, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai perkara tersebut.


Pindaan itu dicadangkan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Islam, Dakwah, Penerangan dan Hubungan Seranta Kelantan, Datuk Mohd Nassuruddin Daud antara lain membabitkan hukuman sebat di khalayak ramai bagi kesalahan zina, silap menuduh zina, liwat dan meminum minuman keras dalam kalangan umat Islam. – BERNAMA

Kategori