Friday, January 24, 2025

Creating liberating content

Polis Perak Rampas Syabu...

IPOH - Polis Perak membuat rampasan terbesarnya tahun ini apabila merampas dadah jenis...

Hari Pertama Bertugas Sebagai...

SEPANG - Beberapa jam selepas mengangkat sumpah jawatan sebagai Menteri Kesihatan, Datuk Seri...

GEMPAR!!! Imam Masjid Negara...

SEORANG lelaki telah menampar Imam II Masjid Negara, Mohd Zuhairee Mohd Yatim semasa rakaat pertama...

NRE Tawar Khidmat Urus...

KUALA LUMPUR - Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar (NRE) menerusi Institut Penyelidikan...

“Ia Buat Diri Saya Berasa Kecil” – Hisyam Hamid

PELAKON Hisyam Hamid memberitahu dirinya berasa tertekan untuk melakonkan watak sebagai Zulkifli dalam filem adaptasi novel, Kau Yang Satu.

Menurut Hisyan, dia risau memikirkan respon penonton terhadap lakonannya dalam filem tersebut.

“Penggambaran filem itu dijalankan pada dua tahun lepas dan ketika itu saya masih baharu dalam bidang lakonan.

“Saya berasa risau dan tertekan dengan teknik lakonan saya ketika itu. Manalah tahu ia tidak memenuhi apa yang diharapkan oleh pengarah dan penonton.

“Lebih-lebih lagi bila digandingkan dengan pelakon handal seperti Aaron Aziz dan Izara. Ia membuatkan diri saya terasa kecil,” jelasnya kepada Astro Gempak.

Hisyam Hamid, Izara Aishah dan Aaron Aziz

Walau bagaimanapun, Hisyam berkata dia bersyukur kerana penggambaran filem itu berjalan dengan lancar dan pelakon lain yang terbabit juga banyak mengajarnya.


“Tetapi saya bersyukur kerana segalanya berjalan dengan lancar. Pengarah dan pelakon-pelakon lain banyak mengajar saya mengenai teknik-teknik lakonan filem.

“Lagipun, Kau Yang Satu ini merupakan novel yang popular, jadi sedikir sebanyak memang saya risau dengan penerimaan penonton terhadap lakonan saya,” katanya.

Filem Kau Yang Satu arahan Osman Ali ini bakal ditayangkan bermuka 27 Julai ini. –MYNEWSHUB.CC

Kategori