Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Gabung KWSP, PERKESO Undang...

KUALA LUMPUR - Cadangan menggabungkan Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) dan Kumpulan Wang Simpanan...

Kerajaan Akan Laksana 4...

KUALA LUMPUR - Kerajaan akan melaksanakan empat langkah transformasi bagi memperkukuhkan fungsi dan...

Marquez Yakin Cergas Untuk...

VALENCIA - Marc Marquez menolak kebimbangan dia mungkin tidak cergas untuk ujian pertama...

Dadah Bernilai RM300,000 Dirampas...

GEORGE TOWN - Sejumlah dadah jenis heroin bernilai RM300,000 dan pelbagai peralatan memproses...

Ibu Bapa Tolak Vaksin Wajib Baca Kisah ‘Tragik’ Ni…

KISAH ibu bapa yang menolak vaksin bukanlah satu cerita baharu, sebaliknya komuniti ini dibimbangi semakin berkembang di kalangan ibu bapa muda.

Sudah pelbagai kempen dilakukan bagi memberikan kesedaran kepada ibu bapa bahawa pentingnya suntikan vaksin buat si comel namun semua itu dipandang sebelah mata sahaja oleh mereka.

Netizen yang juga merupakan seorang doktor ini, Dr. Taufiq Razif berkongsikan kisah ‘tragik’ melibatkan kematian dua beradik yang mana ibu mereka menolak vaksin sekali gus menjadi penyumbang kepada kejadian tersebut.

Menurut Dr. Taufiq, si abang yang berumur dua tahun terlebih dahulu menghembuskan nafas terakhir dan seminggu kemudian adiknya pula menyusuli abangnya. Semuanya hanya kerana si ibu merupakan seorang anti vaksin!

Dalam posting tersebut juga, Dr. Taufiq menerangkan kepentingan vaksin kepada kanak-kanak yang mana ia boleh menghindarkan mereka daripada pelbagai penyakit kronik seperti Difteria, Neurophaty dan jangkitan paru-paru (pneumonia).

Jika ibu bapa mengabaikan suntikan vaksin, saluran pernafasan anak-anak dikhuatiri boleh tertutup sehingga menyebabkan anak mati sesak nafas.

Selain itu, sekiranya benda putih dalam tekak yang dikenali sebagai pseudomembrane tiba-tiba terjatuh atau tertelan racun dalam pseudomembrane boleh merosakkan otot jantung si anak (myocarditis).


Dengan pengambilan vaksin juga, anak-anak akan terhindar daripada penyakit kerosakan saraf (neurophaty) dan boleh menyebabkan terkena jangkitan paru-paru (pneumonia).

Oleh itu, buat ibu bapa di luar sana, janganlah berdegil dan mulalah memberikan vaksin buat si comel anda. Ingat, jangan disebabkan kedangkalan kita, nyawa anak-anak terancam! – MYNEWSHUB.CC

Kategori