Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Trafik Perlahan Di Lebuh...

KUALA LUMPUR – Trafik di beberapa laluan lebuh raya utama bergerak perlahan setakat...

Maut Tercampak Dari Van...

Alor Gajah - Seorang lelaki terbunuh selepas van Nissan Vanette dipandu hilang kawalan...

Gajah Mati Lemas Selepas...

TAMAN NEGARA NAGARHOLE, India - Seekor gajah ditemui mati tersangkut pada satu pagar...

Tragedi Makkah: Setakat 3.15...

MAKKAH - Pihak berkuasa Arab Saudi setakat 3.15 pagi Sabtu waktu Malaysia mengesahkan...

Imigresen Melaka Buru Lebih 3,000 PATI

MELAKA – Jabatan Imigresen Melaka sedang memburu lebih 3,000 Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) di sekitar negeri ini yang dikesan gagal membuat permohonan Enforcement Card (E-Kad) sehingga tarikh akhir yang ditetapkan pada 30 Jun lepas.

Timbalan Pengarah Imigresen Melaka Abu Bakar Sidek Hasan berkata sehingga kini 5,172 PATI di bawah 1,300 majikan telah tampil memohon E-Kad berkenaan sehingga tarikh akhir tersebut dan jumlah keseluruhan mereka di negeri ini dianggarkan kira-kira 8,000 orang.

Beliau berkata pihaknya tidak akan berkompromi dalam isu ini dan majikan yang dikenal pasti gagal membuat permohonan E-Kad untuk pekerja mereka akan ditahan dan diambil tindakan di bawah Seksyen 55B Akta Imigresen 1959/63 kerana menggaji pekerja secara tidak sah.

“Kita telah memberi masa yang cukup untuk majikan mendaftarkan pekerja mereka di bawah program E-Kad ini tetapi masih ada yang gagal melakukannya. Kita ingatkan pada majikan ini supaya hadir ke pejabat imigresen untuk mendapatkan maklumat tepat mengenai prosedur pengambilan pekerja asing dan bukannya melalui ejen.

“Ini kerana terdapat pelbagai maklumat yang tidak tepat daripada ejen tentang prosedur ini sehingga menyebabkan majikan keliru dan akhirnya tidak membuat permohonan E-Kad untuk pekerja mereka,” katanya kepada pemberita di sini malam tadi.

Beliau berkata hanya empat ejen yang menguruskan prosedur kemasukan PATI di Melaka berdaftar dengan jabatan berkenaan dan pihaknya menggesa majikan untuk membuat semakan tentang ejen berkenaan sebelum membuat sebarang permohonan.


Katanya sikap sambil lewa majikan tentang isu berkenaan terutama yang ingin mengambil jalan mudah untuk mendapatkan E-Kad untuk pekerja mereka akan menyebabkan pelbagai kesukaran timbul termasuk wujudnya isu E-Kad palsu.

Sementara itu, Abu Bakar Sidek berkata lapan E-Kad palsu dikesan pada seorang majikan berumur 38 tahun dalam operasi penguatkuasaan yang dilaksanakan di sekitar negeri ini semalam.

Beliau berkata majikan berkenaan mendakwa mendapat E-Kad itu dengan membayar lebih daripada RM1,000 bagi setiap kad berkenaan yang dikeluarkan ejen yang mendakwa dokumen tersebut diiktiraf sama seperti E-Kad.

“Majikan berkenaan mendakwa kad yang dikeluarkan ejen tersebut diiktiraf sebuah pertubuhan bukan kerajaan namun ia adalah tidak benar. Majikan berkenaan kita tahan untuk membantu siasatan,” katanya. – BERNAMA

Kategori