Saturday, November 23, 2024

Creating liberating content

Budak 12 Tahun Raba...

PETALING JAYA - Biarpun baru berusia 12 tahun, perlakuan keji seorang kanak-kanak lelaki...

Bajet 2016 Akan Beri...

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, hari ini mengetengahkan...

Tiga Beradik Dakwa Cedera...

SIBU - Tiga beradik berusia antara lima hingga 10 tahun didakwa mengalami kecederaan...

Warga Myanmar Ditemui Mati...

BUTTERWORTH - Seorang lelaki warga Myanmar ditemui mati dengan kesan tetak di dahi...

Imigresen Tahan 29 PATI Di Pasar Besar Klang

KLANG – Jabatan Imigresen Selangor menahan 29 warga asing dalam satu operasi di pasar besar Klang dekat  sini, hari ini.

Ketua Unit Operasi Jabatan Imigresen Selangor, Jaimin Sumpit dalam satu kenyataan hari ini berkata kesemua warga asing berumur antara 16 hingga 45 tahun itu ditahan atas kesalahan tiada dokumen perjalanan yang sah, salah guna dokumen perjalanan serta tinggal lebih masa di negara ini.

Beliau berkata mereka yang ditahan terdiri daripada warga Indonesia, Myanmar, Bangladesh dan Nepal.

“Operasi bermula seawal pukul 7 pagi. Ketika operasi kesemua warga asing yang merupakan pekerja di pasar dan kedai runcit berhampiran (pasar)  cuba melarikan diri namun gagal ekoran tindakan pantas anggota penguat kuasa yang berjaya menahan mereka.


“Dalam operasi itu, kita turut mengeluarkan saman ke atas empat majikan kerana menggaji warga asing berkenaan,” katanya.

Jaimin berkata tiada sebarang insiden tidak diingini berlaku sepanjang operasi itu dan kesemua warga asing yang ditahan dibawa ke Jabatan Imigresen Selangor untuk tindakan selanjutnya. – BERNAMA

Kategori