Monday, October 28, 2024

Creating liberating content

Apa Faedahnya Saya Cipta...

NAMA pelakon dan ahli perniagaan, Fizo Omar sekali lagi menjadi sebutan gara-gara kini...

Vanidah Imran Korbankan Kerjaya...

PELAKON Vanidah Imran, 43, memberitahu dirinya kini sudah mula memperlahankan kerjayanya buat sementara...

Diarah Keluar Pesawat Kerana...

WASHINGTON DC - Sepasang suami isteri beragama Islam diarahkan untuk segera keluar daripada...

Annuar Perjelas Peluang Kedua...

KUALA LUMPUR - Majlis Amanah Rakyat (MARA) tidak akan memberi lagi tajaan kepada...

Imigresen Tahan 49 Pati Dalam Serbuan Di Pulau Indah

KLANG – Jabatan Imigresen menahan 49 pendatang asing tanpa izin (PATI) dalam serbuan berasingan di tiga buah kilang sekitar Pulau Indah di sini, semalam.

Ketua Unit Operasi Jabatan Imigresen Selangor Jaimin Sumpit berkata mereka yang ditahan terdiri daripada 33 warga Nepal, Bangladesh (10), India (3), Indonesia (2) dan seorang warga Filipina.

Beliau berkata seramai 208 warga asing diperiksa sebelum 47 lelaki dan dua wanita berusia lingkungan 23 hingga 47 tahun didapati tidak mempunyai sebarang dokumen perjalanan diri yang sah serta menyalahgunakan pas lawatan sementara.

Katanya, serbuan hasil risikan sejak seminggu lalu dibuat sepasukan anggota dan pegawai daripada Jabatan Imigresen Selangor dan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) kira-kira pukul 3 petang.

“Ketika serbuan dilakukan kesemua warga asing itu sedang leka bekerja di kilang masing-masing sebelum diarahkan untuk berhenti bagi tujuan pemeriksaan,”​​​​ katanya dalam satu kenyataan hari ini.


Katanya, pihaknya turut menahan seorang wakil majikan dari sebuah kilang berkenaan, namun lelaki itu dibebaskan selepas keterangannya diambil.

Kesemua warga asing yang ditahan dibawa ke Jabatan Imigresen Selangor untuk siasatan lanjut, katanya. – BERNAMA

  • Lagi berita berkaitan:
  • Pati

Kategori