Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Jangan Hanya Hukum Penyokong...

KUALA LUMPUR - Pemuda Parti Amanah Negara (PAN) Perak berharap supaya Persatuan Bola...

Bahaya Pemberian PSS Rujuk...

KIMANIS - Bekas menteri pertahanan, Hishammuddin Hussein malam tadi mengingatkan tentang bahaya pemberian...

PH Hargai ‘Jasa’ ADUN...

KUALA LUMPUR, 31 Okt – Pakatan Harapan (PH) dilihat menghargai ‘jasa’ bekas tiga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) yang terlibat menjatuhkan kerajaan negeri Melaka, kata Ketua Penerangan UMNO Malaysia, Shahril Hamdan.

Ardern Terima Ugutan Bunuh...

WELLINGTON - Polis New Zealand dilapor menyiasat ugutan bunuh yang dihantar kepada Perdana...

India Batal Pasport, Tapi 10 Negara Tawar Kerakyatan

NEW DELHI – India secara rasmi telah membatalkan pasport pendakwah kontroversi, Dr. Zakir Abdul Karim Naik ekoran kegagalannya untuk hadir ke Badan Penyiasatan Kebangsaan India (NIA).

Akhbar Times of India melaporkan bahawa Kementerian Hal Ehwal Luar India bertindak atas permintaan NIA, setelah meneliti kes Zakir, 51, atas dakwaan konon melakukan aktiviti keganasan dan pengubahan wang haram.

Ulama kelahiran Mumbai itu yang terkenal sebagai penceramah stesen televisyen Peace TV diasaskannya berpusat di Emiriah Arab Bersatu; turut dituduh konon sengaja sebar kebencian, biayai pengganas dan ubah wang haram.

Beliau sebelum itu telah diharamkan berdakwah oleh beberapa negara Barat antaranya Kanada dan Britain kerana bimbang ramai bukan Muslim tertarik untuk memeluk Islam. Hingga kini tidak diketahui di mana Zakir berada.

“Pejabat Pasport Wilayah telah batal pasport India milik Dr. Zakir Abdul Karim Naik, beralamat di B-1005/1006 Apartmen Jasmine, 65-B, Jalan Dockyard, Mazagaon, Mumbai, di bawah Akta Pasport 1967,” kata kenyataan NIA.

Namun, dalam beberapa bulan kebelakangan ini, beliau dilihat pernah memberikan beberapa sesi temuramah dan sidang akhbar secara eksklusif melalui aplikasi Skype dari sebuah lokasi yang dirahsiakan di sekitar Arab Saudi.

Zakir juga mendakwa beliau ditawarkan kewarganegaraan daripada sekurang-kurangnya 10 negara, tetapi belum lagi menerima tawaran berkenaan atau mendedahkan nama negara terbabit atas faktor keselamatan.

Raja Salman Abdulaziz bergambar dengan Zakir Naik. – Foto Arkib

Sumber kerajaan Arab Saudi dipetik portal Middle East Monitor pada 20 Mei lalu melaporkan Zakir yang berada di negara Asia Barat itu pernah dipaksa kembali ke Mumbai jika pasportnya berjaya dibatalkan pihak imigresen India.


Bagaimanapun Raja Arab Saudi, Raja Salman Abdulaziz Al-Saud dilapor berkenan memberi kewarganegaraan demi melindungi keselamatan Zakir daripada cuba ditahan pihak Interpol tetapi berita ‘panas’ ini belum dapat disahkan.

Pada November tahun lepas, akhbar berpengaruh Hindustan Times di India melaporkan konon Zakir sudah diberi kerakyatan Malaysia, namun perkara tersebut dinafikan keras oleh pihak Kementerian Dalam Negeri di Putrajaya.

Zakir yang juga Presiden Islamic Research Foundation dan penerima anugerah Tokoh Maal Hijrah 2013 peringkat kebangsaan pernah diberikan taraf sebagai Penduduk Tetap oleh pihak berkuasa Malaysia sejak lima tahun lepas.

Beliau yang sering menjelajah ke seluruh dunia untuk berdakwah, namun dibenci oleh gerakan anti-Islam ekoran kejayaannya mematahkan hujah bukan Muslim ketika berceramah sehingga menyebabkan ramai memeluk Islam.

Ini menyebabkan Zakir pernah menerima ugutan jenayah termasuk ancaman bunuh oleh puak pelampau dengan tawaran ganjaran cukup lumayan jika ada sesiapa berjaya memenggal kepalanya itu. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Kategori