Saturday, January 25, 2025

Creating liberating content

Jenazah Bekas Penjaga Gol...

ALOR SETAR - Jenazah bekas penjaga gol kebangsaan era 50-an, Datuk Mohd Yusoff...

Remy Belum Sedia Langsungkan...

TIDAK semua orang dapat membesar dengan keluarga yang bahagia dan serba sempurna. Setiap...

Isu Ustaz Abdul Somad:...

JAKARTA - Timbalan Pengerusi Majlis Ulama Indonesia (MUI), Zainut Tauhid Sa'adi meminta pihak...

Tips Mencegah Kecurian Kenderaan

MUNGKIN ada di antara kita yang pernah kehilangan kenderaan. Pencuri sanggup berbuat apa sahaja...

Indonesia Batalkan Pertubuhan Hizbut Tahrir

JAKARTA – Kementerian Undang-undang dan Hak Asasi Manusia Indonesia hari ini membatalkan pertubuhan Hizbut Tahrir Indonesia, sebuah pertubuhan yang ingin mengembalikan sistem pemerintahan khalifah Islam.

Lapor agensi berita rasmi China Xinhua, jurucakap kementerian itu berkata langkah tersebut diambil selaras dengan usaha kerajaan untuk mengharamkan kumpulan radikal daripada beroperasi di negara itu.

“Untuk mengekalkan penyatuan rakyat, kebenaran yang diberikan kepada Hizbut Tahrir Indonesia sebelum ini, telah dibatalkan,” kata Ketua Pengarah Pentadbiran Undang-undang kementerian, Freddy Harris, hari ini.

Presiden Indonesia, Joko Widodo, sebelum ini telah menandatangani ordinan Presiden baharu yang membolehkan kerajaan mengambil tindakan mengharamkan kumpulan radikal di negara itu.


Jurucakap tentera Jeneral Gatot Nurmantyo berkata pasukan keselamatan kini berjaga-jaga dengan ancaman sel Daesh yang dipercayai telah meresap di kebanyakan wilayah di negara itu, terutamanya dalam bentuk ‘sel tidur’. – BERNAMA

Kategori