Thursday, October 24, 2024

Creating liberating content

Patah Lengan Angkat Beban...

TBILISI - Seorang atlet angkat berat wanita melalui pengalaman ngeri apabila patah lengan...

Filem Terbaru Shia LaBeouf...

FILEM terbaharu dibintangi aktor Shia LaBeouf, berjudul 'Man Down' mendapat sambutan yang mengejutkan...

Dollah Salleh Kemalangan

Kuala Lumpur : Pengurus pasukan Sri Pahang FC, Dollah Salleh berdepan detik cemas...

Remaja 16 Tahun Diculik,...

RABU lalu, seorang remaja berumur 16 tahun dilaporkan telah diculik oleh seorang individu...

Indonesia Pembazir Makanan Kedua Terbesar

JAKARTA – Penduduk Indonesia ialah pembazir makanan kedua terbesar di dunia.

Kajian yang dilakukan Unit Perisikan Ekonomi (EIU) negara itu tahun lalu mendapati, setiap rakyat negara itu membazirkan 300 kilogram makanan setiap tahun.

Menurut kajian itu lagi, Indonesia perlu merombak insfrastrukturnya di samping meningkatkan kesedaran dalam kalangan pengguna bagi menangani peningkatan pembaziran makanan.

Hasil kajian yang didedahkan baru-baru ini mendapati hanya Arab Saudi lebih teruk daripada Indonesia dalam membazirkan makanan.

Negara pembazir terbesar makanan yang lain ialah Amerika Syarikat yang membazir hampir 277 kilogram makanan per kapita setiap tahun dan Emiriah Arab Bersatu yang membuang 196 kilogram setiap seorang setahun.


Menurut pakar, kadar tinggi pembaziran makanan di Indonesia ialah disebabkan ketidakcukupan infrastruktur antara wilayah pengeluar makanan dan pusat utama populasi sehingga menyebabkan kelewatan pengangkutan makanan. – Jakarta Globe/myMetro Online

Kategori