Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

ESSCom Hargai Peranan RT...

TAWAU - Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCom) menghargai sumbangan dan peranan...

Bank Rakyat Sasar Perniagaan...

KUALA LUMPUR - Bank Rakyat memaklumkan sebanyak lapan Ar-Rahnu X’change (ARX) bank itu...

CAGM – Apa Kaitan...

DUA hari lalu, satu badan bukan kerajaan (NGO), Citizens For Accountable Governance Malaysia (CAGM)...

LGE Kantoi Auta Terowong...

GEORGE TOWN - Lim Guan Eng khabarnya semakin tertekan ekoran bantahan berterusan termasuk...

Irfan Bakti Terkilan Skuad Penyu Gagal Cipta Gol

KUALA TERENGGANU – Walaupun berpuas hati dengan persembahan skuad Penyu ketika menentang Johor Darul Takzim (JDT) dalam saingan Piala Malaysia malam tadi, namun Irfan Bakti terkilan kerana anak buahnya gagal mencipta sebarang jaringan.

Para pemain terutama pemain import, Tcetche Hermann Brice Kipre kelihatan bersungguh-sunguh mencari gol namun tidak kesampaian.

“Itu sedikit mengececewakan penonton dan peminat apabila gol yang ditunggu tidak kunjung tiba walaupun Tcetche telah mencuba yang terbaik.

“Kita memang hendak menang, namun tidak dapat dan pemain juga bermain dalam satu pasukan yang baik. Mereka cuba bangkit untuk menang namun gagal,” katanya kepada pemberita selepas tamat perlawanan di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah di sini yang bersekudahan kedua-dua pasukan seri tanpa jaringan.


Irfan Bakti berkata beliau akan membuat gantian ke atas pemain bagi mengelak mereka daripada kelesuan ekoran terpaksa memberi tumpuan pada saingan Liga Perdana dan Piala Malaysia. – BERNAMA

Kategori