Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Dadah Bernilai Lebih RM2...

KUALA LUMPUR - Polis telah menahan empat lelaki dan merampas dadah jenis syabu...

5 Lelaki Didakwa Kerana...

SEREMBAN – Lima lelaki termasuk tiga pelajar bawah umur dihadapkan ke Mahkamah Sesyen...

MH17: Waris Mahu Keadilan...

SEPANG - Waris mangsa tragedi pesawat Malaysia Airlines (MAS) Penerbangan MH17 yang ditembak...

3 Cara Berkesan Tangani...

KANGAR - UMNO perlu melaksanakan tiga cara atau pendekatan yang didapati berkesan dalam...

Israel Dikutuk Ekoran Penutupan Masjid Al-Aqsa

KUALA LUMPUR – Yayasan Keamanan Global Perdana hari ini mengutuk tindakan terbaru rejim Israel yang menutup Masjid al-Aqsa selama dua hari berturut-turut termasuk melarang azan dan solat Jumaat di masjid itu minggu lepas.

Dalam kenyataan di sini, yayasan itu turut meminta kerajaan Malaysia untuk mengambil pendirian yang tegas dan berani bagi menghalang rejim Israel daripada terus mencemar kesucian Masjid al-Aqsa dan melanggar undang-undang antarabangsa.

“Kami mengingatkan Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) bahawa penubuhannya adalah sebagai tindak balas terhadap pembakaran Masjid al-Aqsa pada tahun 1969, justeru OIC perlu ambil pendirian yang lebih aktif dan tegas terhadap apa yang berlaku di masjid tersebut,” kata kenyataan itu.

Yayasan itu juga meminta Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), majlis dan jabatan agama Islam supaya menjadikan Jumaat ini (21 Julai) sebagai hari perpaduan bersama al-Aqsa dan menyediakan khutbah khas untuk solat Jumaat.


Jumaat lalu, tiga pemuda Palestin terkorban di perkarangan Masjid al-Aqsa selepas ditembak secara kejam oleh rejim Israel bagi menghalang kemasukan mereka ke masjid berkenaan.

Rejim Israel kemudian melanjutkan penutupan masjid itu sehingga Sabtu – satu tindakan yang tidak pernah berlaku sebelum ini. – BERNAMA

Kategori