Thursday, November 28, 2024

Creating liberating content

Judi: Polis Tahan 331...

KUALA LUMPUR - Polis menahan 331 individu disyaki terlibat dengan kegiatan perjudian dan...

Malaysia Antara 29 Negara...

BANGKOK - Latihan ketenteraan terbesar di Asia Pasifik, Cobra Gold kembali pada membuka...

Remaja Sindrom Down Ditemui...

KUALA LUMPUR - Selepas lebih 10 jam pencarian, remaja perempuan sindrom down yang...

Putera Mahkota Saudi Derma...

RIYADH - Putera mahkota Arab Saudi, Putera Mohammed bin Salman berkenan menyumbang sebanyak...

Jabatan Hidupan Liar Sabah Tidak Iktiraf BWP

KOTA KINABALU – Jabatan Hidupan Liar Sabah tidak mengiktiraf pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang berpangkalan di Amerika Syarikat, Borneo Wildlife Preservation (BWP) sebagai rakan pemuliharaan di Sabah kerana kehadiran NGO itu tidak mengikut saluran yang betul.

Pengarah Jabatan Hidupan Liar Sabah Augustine Tuuga berkata walaupun jabatan itu mengalu-alukan mana-mana organisasi di Malaysia dan luar negara dengan niat murni untuk membantu kerajaan dalam pemuliharaan biodiversiti di Sabah, daripada segi teknikal dan kewangan, ia perlu dilakukan mengikut saluran yang betul.

“Bagaimanapun, ini perlu dilakukan secara rasmi melalui jabaan dan kementerian berkenaan. Pada mulanya melalui perbincangan mengenai program yang dicadangkan membabitkan pengurusan kanan dan akhirnya, secara rasmi membentuk perjanjian melalui MOU,” kata Augustine dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau mengulas laporan sebuah portal berita yang memetik satu sumber yang bimbang mengenai beberapa NGO asing yang menyebarkan maklumat yang mengelirukan untuk mengumpul nama bagi tujuan pemuliharaan.

Augustine berkata BWP tidak melalui saluran ini buat masa ini, jadi jabatan tidak dapat mengiktirafnya sebagai rakan pemuliharaan di Sabah.


Beliau beerkata bahan-bahan promosi yang digunakan oleh BWP untuk memgumpul dana juga tidak dibincangkan dengan jabatan dan menambah apa yang BWP mahu lakukan, ia perlu dipersetujui bersama.

“Mereka mungkin telah berkomunikasi dengan pegawai kami melalui e-mel tetapi melainkan dan sehingga NGO tersebut melalui saluran yang betul, kami masih tidak mengiktiraf mereka sebagai rakan rasmi kami,” kata beliau. – BERNAMA

Kategori