Sunday, November 24, 2024

Creating liberating content

Kiyai ‘Sesat’ Indonesia Nikahkan...

Sesat lagi menyesatkan - itu konklusi yang boleh diberikan terhadap seorang 'kiyai' negara...

Cadangan Bina Loji Janakuasa...

KUALA LUMPUR - Cadangan pembinaan loji janakuasa gabungan kitaran gas 300-megawatt (MW) di...

Tangguh Penggunaan Bahan Bakar...

KUALA LUMPUR - Kerajaan bersetuju menangguhkan penggunaan petrol dan diesel berkualiti tinggi yang...

Realiti.. 10 Ilustrasi Kartun...

MASA untuk terima kenyataan, sememangnya perubahan atau peralihan zaman telah mengubah pelbagai perspektif...

Jadi ‘Anak Jantan’ Pertahan Pemimpin, Parti UMNO

BAGAN DATUK – Anggota Pergerakan Pemuda UMNO di setiap peringkat perlu menjadi ‘anak jantan’ dalam mempertahankan kepimpinan parti dan kerajaan Barisan Nasional (BN), yang berterusan berdepan fitnah serta tohmahan daripada pembangkang.

Anggota Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman berkata menjadi ‘anak jantan’ bukan bererti mereka perlu bersikap kasar dan biadap, sebaliknya harus lantang bersuara dalam mempertahankan maruah serta nama baik pemimpin dan parti.

“Pemuda UMNO tidak boleh berdiam diri apabila presiden atau timbalan presiden parti dicemuh, dihina atau difitnah oleh pembangkang. Mereka seharusnya perlu bertanggungjawab mempertahankan kepimpinan parti.

“Namun, Pemuda UMNO ketika ini dilihat lebih banyak berdiam diri dan hanya berpeluk tubuh apabila pemimpin atau parti dicemuh dan difitnah oleh pembangkang. Mengapa perkara ini boleh berlaku?” katanya.

Tajuddin yang juga Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Mesyuarat Perwakilan Pemuda UMNO Bahagian Bagan Datuk di Wisma UMNO di sini hari ini.


Tajuddin berkata Pemuda UMNO seharusnya menjadi barisan hadapan, dan dengan penuh keberanian serta menunjukkan kesungguhan tinggi dalam mempertahankan maruah parti seterusnya dapat menepis segala cubaan pembangkang yang mahu menjatuhkan kerajaan.

Sehubungan itu, beliau berkata Pemuda UMNO perlu bekerja keras bagi memastikan BN terus mendapat sokongan rakyat, sekali gus meraih majoriti lebih besar pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) akan datang. – BERNAMA

Kategori