Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Idris Khan Tamat Zaman...

NAMANYA jarang-jarang terpampang di media massa, namun sepi tidak bermakna pelakon Idris Khan...

Bajet 2015: RM660 Juta...

KUALA LUMPUR - Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (Esscom), yang bertanggungjawab menyelaras...

PAS Sindir Azmin Kami...

KUALA LUMPUR - "Kami bukan setakat Tok lebai tapi Tok lebai yang "legislator","...

Seorang Lelaki Maut, 2...

MIRI - Seorang lelaki maut dibunuh dalam satu pergaduhan yang berlaku di hadapan...

Jaguh Ski Air Singapura Kagum Prestasi Aaliyah

PUTRAJAYA – Peningkatan ketara prestasi ratu ski air negara, Aaliyah Yoong Hanifah baru-baru ini menarik perhatian atlet ski air wanita nombor satu Singapura, Sasha Christian.

Sasha, 24, kagum dengan kemajuan atlet muda Malaysia itu, yang meraih pingat emas dalam acara tricks dan keseluruhan pada Sukan SEA Singapura 2015.

“Dia (Aaliyah) atlet yang cukup handal dan saya berbangga kerana berpeluang bersaing dengannya. Dia hebat dan memberi cabaran besar kepada sesiapa sahaja di permukaan air.

“Secara peribadi, saya berpendapat dia adalah pesaing yang amat kuat dan sudah tentu akan memberi tentangan sengit kepada saya pada Sukan SEA nanti,” katanya kepada Bernama selepas meraih gelaran juara bagi acara salom terbuka wanita pada Kejohanan Ski Air Pra-Sukan SEA di Kompleks Sukan Air Putrajaya di sini hari ini.


Sasha mencatat 1.50/55/12.00 mata untuk menjuarai acara itu dan Ummu Thoyibhatus Sholikah dari Indonesia menduduki tempat kedua dengan 6.00/55/14.25 mata, manakala Aaliyah terpaksa berpuas hati dengan tempat ketiga setelah memperoleh 4.50/55/14.25 mata.

Sasha dan Aaliyah akan beradu kehebatan dalam acara salom pada Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 (KL2017) bulan depan di mana atlet Singapura itu pasti bekerja keras untuk mempertahankan pingat emas yang dimenanginya pada 2015 untuk melakar hatrik setelah memenanginya di Palembang pada 2011. – BERNAMA

Kategori