Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Johari Dipersoal Pertikai Kepemimpinan...

KUALA LUMPUR – Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri (MPN) Keadilan Negeri Kedah, Datuk Johari...

Wanita ‘Melayang’ Ditendang Pekerja...

SEORANG pendandan rambut cedera selepas ditendang pekerja perkhidmatan kurier akibat enggan menandatangani resit penerimaan...

NIOSH Anggotai Pasukan Petugas...

PUTRAJAYA - Institut Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Negara (NIOSH) diundang untuk menganggotai pasukan...

PM Hulur Sumbangan Kepada...

PETALING JAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menghulurkan sumbangan kepada anak...

Jambatan Batu 5, Teluk Intan Selamat Untuk Digunakan

TELUK INTAN – Jabatan Kerja Raya (JKR) memberi jaminan Jambatan Sultan Yusof atau lebih dikenali sebagai Jambatan Batu 5 di sini  selamat untuk digunakan kerana pihaknya sering membuat tinjauan dan pemeriksaan secara berkala.

Pengerusi Jawatankuasa Kemudahan Awam, Infrastruktur, Tenaga dan Air Perak Datuk Zainol Fadzi Paharudin berkata sepasukan Unit Forensik Jambatan JKR telah dihantar untuk membuat tinjauan dan pemeriksaan kerosakan struktur jambatan itu.

“Memang terdapat kerosakan pada jambatan tersebut tetapi bukan melibatkan strukturnya seperti yang didakwa sesetengah pengguna.

Untuk itu, pakar forensik akan menggunakan dron bagi membuat tinjauan dan pemeriksaan termasuk mengambil sudut jambatan. Hasilnya kemudian akan dapat secara terperinci status kerosakan jambatan,” katanya kepada pemberita selepas meninjau jambatan berkenaan bersama Pakar Bahagian Kejuruteraan Forensik, Cawangan Jalan JKR Ir Dr Lim Char Ching di sini, hari ini.

Menurut Zainol Fadzi, siasatan awal mendapati perlantaian jambatan itu menurun mungkin disebabkan oleh ‘pot bearing’ dan ‘expansion joint’ mengalami kerosakan dan ia hanya isu penyelenggaraan.


Katanya bagi menjaga keselamatan pengguna jalan raya, papan tanda amaran serta penghadang sudah dipasang di kawasan yang bermasalah.

Ditanya mengenai dakwaan sesetengah pihak bahawa jambatan tersebut bakal ditutup ekoran kerosakan, beliau berkata semua itu tidak benar dan sebarang tindakan akan hanya dibuat selepas mendapat laporan daripada pasukan forensik JKR.  – BERNAMA

Kategori