Friday, January 24, 2025

Creating liberating content

FAM Sambut Baik Keputusan...

YANGON - Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) menyambut baik keputusan Kabinet membenarkan skuad...

Perbicaraan Kes Ahmad Zahid...

KUALA LUMPUR - Perbicaraan kes bekas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad...

India Cipta Rekod Lancar...

NEW DELHI - India pada Rabu mencatatkan rekod dengan pelancaran 104 satelit menerusi...

DAP Puji Kementerian Berkaitan...

KUALA LUMPUR - Wakil rakyat DAP senang hati dengan kementerian berkaitan agama Islam...

Jangan Kaitkan Kerabat Johor Dengan Agenda Politik

MAJLIS Diraja Johor hari ini menerusi satu posting di laman Facebook Johor Southern Tigers mewakili keluarga diraja Johor mengutuk sekeras-kerasnya ke atas pihak yang tidak bertanggungjawab yang cuba mengaitkan Duli Yang Amat Mulia, Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ismail dengan kenyataan berunsur politik mengenai parti UMNO dan Pilihan Raya Umum yang akan datang.

Susulan tindakan pihak tidak bertanggungjawab itu, Majlis Diraja Johor menerusi Yang Dipertuanya, Dato Abdul Rahim Ramli juga telah membuat laporan polis bagi mencari dan mengenal pasti punca serta dalang yang bertanggungjawab melaga-lagakan keluarga diraja Johor dan mengaitkan dengan mana-mana parti politik.

Dalam kenyataan itu, ia menegaskan keluarga diraja Johor tidak mempunyai apa-apa kaitan dengan mana-mana parti politik kerana kedudukan institusi tersebut berada di kedudukan lebih tinggi daripada politik.

Tunku Ismail atau TMJ sebelum ini ada berkongsi artikel menyentuh mengenai rasuah dan salah laku yang disiarkan menerusi Facebook Johor Southern Tigers.


Dalam artikel itu, baginda menulis Malaysia sudah berubah menjadi negara di mana rasuah kini satu budaya dan media melindungi rasuah dan menjadikan orang yang tidak bersalah sebagai mangsa untuk menjual cerita.

TMJ juga berkata Malaysia kini sebuah tempat di mana rakyat tidak lagi menilai dengan fakta, tetapi menghakimi berdasarkan persepsi tentang apa seseorang memakai atau katakan dan di mana individu yang berlakon dan hipokrit dipuji sebagai hero manakala pemberi sumbangan dan berdedikasi kepada yang baik diabaikan dan dianggap penjahat. – MYNEWSHUB.CC

Kategori