Tuesday, January 28, 2025

Creating liberating content

Teguran Syed Azidi Kepada...

SAYA terpanggil untuk dengan rendah hati menegur penyunting-penyunting media termasuk media arus perdana yang...

Sweden Hadapi Masalah Lambakan...

SWEDEN sering dianggap sebagai salah satu negara di mana penduduknya antara yang paling...

Kastam AS Rampas Sawit...

KUALA LUMPUR: Jabatan Kastam dan Perlindungan Sempadan (CBP) Amerika Syarikat (AS) merampas empat...

45 Maut Pertempuran Di...

KIEV – Sekurang-kurangnya 45 orang terbunuh dalam pertempuran di Ukraine sejak 24 jam...

Jangan Pandang Mudah Cabaran PKNS

GEORGE TOWN – Dalam misi memburu tiga mata penting untuk terus kekal dalam Liga Super musim depan, skuad bola sepak Pulau Pinang diingatkan agar tidak memandang mudah cabaran PKNS walaupun bermain di laman sendiri di Stadium Batu Kawan esok.

Ketua jurulatih Pulau Pinang Zainal Abidin Hassan berkata baki lapan lagi pelawanan terakhir itu adalah sangat penting untuk memastikan skuad Harimau Kumbang kekal dalam Liga Super musim depan.

“PKNS merupakan satu pasukan yang berpengalaman namun pemain-pemain kita khususnya keempat-empat pemain import kini sudah bersedia untuk bermain habis-habisan dalam misi meraih tiga mata,” katanya kepada pemberita, di sini hari ini.

Beliau berharap pemain-pemainnya akan mengambil peluang bermain di laman sendiri di depan penyokong-penyokong Harimau Kumbang untuk menghasilkan kemenangan.

“Buat pertama kalinya kesemua empat pemain import Brandon Mcdonald, Mark Hartmann, Nigel Dabinyaba dan Sanna Nyassi akan dapat beraksi dalam pelawanan esok. Saya yakin mereka akan berikan apa yang ada untuk mencipta kemenangan pertama di laman sendiri,” katanya.

Zainal Abidin berkata skuad Harimau Kumbang yang kini menduduki tangga tercorot daripada 12 pasukan dalam Liga Super, masih berpeluang  membaikii kedudukan untuk kekal beraksi di Liga Super musim depan


Katanya pemain-pemain Pulau Pinang telah menunjukkan peningkatan khususnya dalam pelawanan menentang pendahulu liga Johor Darul Ta’zim (JDT) walaupun gagal memungut sebarang mata selepas kalah 0-2.

“Kami akan bekerja lebih keras dan akan berusaha lebih gigih pada lapan perlawanan seterusnya dan merealisasikan kemenangan kerana tiada apa yang lebih penting daripada kemenangan,” katanya.

Beliau turut meminta penyokong setia skuad Harimau Kumbang untuk turun memenuhi Stadium Batu Kawan malam esok kerana sokongan mereka pastinya akan memberi impak luar biasa kepada pemain.

Selepas 14 pelawanan, Pulau Pinang hanya mampu mengumpul enam mata hasil kemenangan ke atas Felda dan tiga keputusan seri lawan Melaka United, PKNS dan Kelantan.     – BERNAMA

Kategori