Tuesday, January 28, 2025

Creating liberating content

Viking homeschool! Free printables,...

Writeoff your thought procedure make a mind map of the assorted joined characteristics...

Pemuda PAS Pulau Pinang...

KUALA LUMPUR - Dewan Pemuda PAS (DPP) Pulau Pinang bersetuju menarik balik pendirian...

Kemarau: Pengusaha Tanaman Harumanis...

KANGAR - Musim kemarau bakal tiba meresahkan ratusan penanam mempelam harumanis di Perlis...

Petronas LNG, MISC Gas4Sea...

KUALA LUMPUR - Petronas LNG Ltd (PLL), anak syarikat Petroliam Nasional Bhd (Petronas),...

“Jangan Terkejut Suami Saya Berbaju Kurung”

GAMBAR pelakon Zila Bakarin menjadi tular di media sosial pada sambutan Aidilfitri Ahad lalu gara-gara memakai baju Melayu bersama keluarganya.

Menurut Zila, dia sengaja memakai baju Melayu dan dia juga tidak menyangka perkara tersebut akan menjadi heboh di media sosial.

“Bagi saya tiada yang peliknya dengan persalinan itu apatah lagi bagi mereka yang kenal siapa Zila Bakarin. Mereka tahu saya seorang yang sempoi dan akan pakai apa sahaja yang saya rasa selesa.

“Tak ada niat nak suruh viral pun.

“Saya beruntung kerana mendapat suami dan anak-anak yang tidak cerewet serta sporting dengan idea ini malah mereka langsung tidak membantah.

"Jangan Terkejut Suami Saya Berbaju Kurung"

“Tahun ini saya berbaju Melayu, jangan terkejut kalau raya tahun depan suami saya pula berbaju kurung Kedah pula. Tapi dipadankan dengan seluarlah,” katanya kepada mStar Online.


Tambahnya, sejak gambar tersebut menjadi tular, dia menerima banyak reaksi dari peminat dan rakan artis tetapi rata-rata memberikan komen yang positif dan tiada komen yang menyakitkan hatinya.

“Saya tidak menerima komen yang menyakitkan hati sebaliknya mereka memuji saya kerana berani mencari kelainan dan mewarnakan lagi cerita raya tahun ini.

Baca: Zila Bakarin Satu Keluarga Lengkap Berbaju Melayu

“Sejujurnya dalam almari saya memang sudah ada dua pasang baju Melayu teluk belanga yang saya sering pakai pada hari Jumaat.

“Kalau dilihat, ia tak nampak seperti baju Melayu pun apabila dipakai bersama kain. Macam baju kurung Kedah juga,” katanya lagi. – MYNEWSHUB.CC

Kategori