Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

PTPTN Sasar Tingkat Kutipan...

KUALA LUMPUR - Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) menyasarkan peningkatan 10 peratus...

Gaji Penyerang Pahang, Gopi...

Kuantan - Penyerang lincah Pahang, R Gopinathan menafikan menerima tawaran gaji RM200,000 sebulan...

Letak Calon UMNO Hutan...

AWAN - MIC Perak menyifatkan keputusan meletakkan calon UMNO bertanding bagi kerusi Dewan...

Hubungan Baik Mudahkan Malaysia...

KUALA LUMPUR - Keakraban hubungan luar Malaysia dengan banyak negara memudahkan negara ini...

JBPM Sedia Bantu Agensi Berkaitan Tangani Rabies

KOTA BHARU – Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) menawarkan khidmat mereka dalam membantu mana-mana agensi berkaitan dalam membasmi penularan wabak rabies atau penyakit anjing gila.

Ketua Pengarahnya Datuk Wan Mohd Nor Ibrahim berkata jabatan itu mempunyai pengalaman dan peralatan yang sesuai selari dengan pendekatan di bawah Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS).

Sebagai contoh, katanya, suatu dahulu semasa negara dilanda wabak Japanese Encephalitis, anggota bomba telah terlibat secara langsung dalam menangani dan membasmi wabak berkenaan.

“Kita boleh guna pengalaman dan peralatan misalnya pam untuk bersihkan kawasan dan kita akan beri kerjasama sepenuhnya (kepada agensi yang memerlukan bantuan),” katanya kepada pemberita selepas majlis penutupan Kejohanan Sukan Bomba (SUKBOM) 2017 di sini, malam tadi.


Majlis yang dirasmikan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed itu turut dihadiri Timbalan Ketua Pengarah JBPM (Operasi) Datuk Soiman Jahid, Pengarah JBPM Kelantan Nazili Mahmood serta Pengarah Jabatan Pembangunan Persekutuan (JPP) Kelantan Yahaya Mamat.

Johan bersama kejohanan tiga hari bermula Jumaat lepas itu disandang oleh Ibu Pejabat JBPM dan kontinjen Negeri Sembilan. – BERNAMA

Kategori