Sunday, November 24, 2024

Creating liberating content

Operasi Dihentikan, Tiada Lagi...

KUALA LUMPUR- Operasi mencari dan menyelamat (SAR) mangsa dalam tragedi runtuhan jambatan konkrit...

Ibu Bapa Akan Dimaklum...

PUTRAJAYA - "Ibu bapa akan dimaklumkan sehari lebih awal sekiranya arahan penutupan sekolah...

KKMM Terus Didik Pengguna...

MACHANG - Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) akan terus mendidik pengguna media...

Fasa Kedua PPPM Tumpu...

SEREMBAN – Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) yang memasuki fasa kedua tahun ini...

JDT Kekal Kedudukan Di Persada Liga Super

KUALA LUMPUR – Juara bertahan, Johor Darul Ta’zim (JDT) mengekalkan kedudukan teratas Liga Super selepas mengatasi pencabar terdekat, Pahang 2-0 pada aksi di Stadium Darul Makmur, Kuantan, malam ini.

Kemenangan ke-11 daripada 15 perlawanan itu menyaksikan skuad Harimau Selatan terus mengungguli carta Liga Super dengan kutipan 36 mata, berkelebihan sembilan mata ke atas Kedah yang menang di tempat lawan.

Pada aksi di Kuantan, JDT membuka tirai jaringan seawal minit pertama perlawanan menerusi Gonzalo Cabrera sebelum Ignacio Insa Bohigues mengesahkan kemenangan hasil jaringan kedua pada minit ke-85.

Pahang sebelum itu berpeluang mengurangkan defisit gol namun jaringan Matheus Alves Leandro pada minit ke-61 tidak dikira pengadil kerana pemain berkenaan berada pada kedudukan ofsaid.

Terdahulu, bacaan Al-Fatihah dan sesi bertafakur selama seminit diadakan bagi menghormati pemergian bekas Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak Negeri Pahang (PBNP) Fuzzeimi Ibrahim, 60 yang meninggal dunia, Sabtu lepas dipercayai akibat serangan penyakit jantung.

Dalam pada itu, Kedah meneruskan rentak kemenangan selepas menang selesa 4-2 ke atas Melaka United pada aksi di Stadium Hang Jebat, Melaka.

Empat gol skuad Lang Merah dijaringkan oleh Baddrol Bakhtiar pada minit ke-14 dan minit ke-41, Muhammad Akram Mahinan (minit ke-55) dan Mohd Asri Mardzuki pada masa kecederaan babak kedua perlawanan manakala dua gol Melaka United disumbangkan oleh Marko Simic pada minit ke-10 dan minit ke-30.

Selangor pula naik satu anak tangga ke kedudukan keempat liga setelah menang tipis 1-0 ke atas Perak di Stadium Perak, Ipoh hasil jaringan Francis Forkey Doe pada minit ke-62.

Terdahulu, Selangor terpaksa beraksi dengan 10 pemain setelah Andik Vermansah dilayangkan kad merah pada minit ke-56 oleh pengadil, Mohd Nafeez Abd Wahab kerana melakukan terjahan daripada belakang terhadap penyerang Perak, Muhd Zaquan Adha Abdul Radzak.


Selangor dan Felda United berkongsi 23 mata namun Selangor berada di tangga keempat liga menerusi kelebihan jaringan.

Di Stadium Negeri Petra Jaya, Kuching, pasukan Felda United meraih kemenangan selesa 3-1 ke atas Sarawak dengan pemain import dari Brazil, Thiago Augusto Fernandes meledak jaringan hatrik pada minit ke-10, minit ke-36 dan minit ke-54 sementara Sarawak mendapat gol tunggal menerusi Mohamad Alif Hassan pada minit ke-70.

Turut meraih kemenangan adalah pasukan T-Team yang menewaskan Kelantan 3-1 di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Kuala Terengganu.

Mohd Khairul Izuan Rosli bagaimanapun meletakkan Kelantan di hadapan pada minit ke-63 sebelum T-Team bangkit meraih tiga jaringan menerusi Dilshod Sharofetdinov pada minit ke-79, Muhammad Fauzi Abdul Kadar (minit ke-84) dan Joseph Yannick Ndjeng, selang dua minit kemudian.

Pasukan tercorot liga, Pulau Pinang pula terus dirundung malang setelah kalah 0-2 kepada PKNS FC di Stadium Batu Kawan, Pulau Pinang.

Gol-gol PKNS FC dijaringkan oleh Patrick Ronaldinho Wleh minit ke-52 dan Abdou Jammeh minit ke-79. – BERNAMA

  • Lagi berita berkaitan:
  • JDT

Kategori